Thursday, August 20, 2009

PRK- DUN N11 PERMATANG PASIR FITNAH,FITNAH,FITNAH

Permatang Pasir-20 Ogos, Pakatan Pembangkang yang menganjurkan kempen di sekitar DUN permatang Pasir terus melemparkan fitnah kepada Calon BN/UMNO supaya mendapat perhatian dari pengundi di DUN Permatang Pasir. Ceramah menjurus kepada kes penyelewangan yang di dakwa di lakukan oleh Calon BN tersebut. Pihak pembangkang juga membawa rakan kongsi Calon BN yang berceramah berkenaan penyelewangan. Dalam pemerhatian yang di lakukan oleh unit risikan BN, Pemimpin tertinggi Pembangkang terus menghentam calon BN adalah kerana penduduk di sekitar DUN Permatang Pasir kini sudah mula muak dengan dakyah dan penipuan yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat. Menurut seorang penduduk yang mengikuti ceramah yang di anjurkan oleh pembangkang, beliau sudah hilang kepercayaan kerana ceramah yang di lakukan oleh pembangkang selalunya berunsur hasutan. Jadi pihak BN harus melancarkan kembali serangan kepada pembangkang kerana penduduk disini kurang mempercayai pembangkang.

Selamat berjuang kepada BN dan UMNO!!!!!!

Sunday, August 16, 2009

Sekitar hari ke Dua Konvoi Jalur Gemilang - Tahniah Pemuda Tanjong

Mengedar bendera kepada Warga Asing

NKP Saudara Nizam Mengedarkan Jalur Gemilang
kepada kenderaan di Batu Feringghi
Menanti Upacara Penutup

Ucapan Ketua Pemuda Tanjong Jeffri Salim

Dari kiri: KP Bukit Bendera, Saudara Rafizal, Seffri Salim KP Tanjong
dan Norman KP Bayan Baru merangkap KP Negeri Pulau Pinang, melepaskan peserta
di Majlis Pemuda Prihatin, Batu Maung.
Peserta Konvoi Jalur Gemilang Pemuda UMNO Tanjong
meluahkan keseronokan kepada Ketua Pemuda Jeffri Salim
Ketua Pemuda Negeri dan rakan2 menikmati
jamuan tengahari di Majlis Pemuda Prihatin
Bersama Tan Sri Nor Yaakob, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri





Bayan Lepas, 16 Ogos- Konvoi Jalur Gemilang Pemuda UMNO Tanjong yang masuk hari kedua telah berlepas dari Kompleks Tabung Haji. Pemuda UMNI Tanjog menyertai program anjuran Pemuda UMNO Pulau Pinang di Batu Maung program bertajuk " Pemuda Prihatin".

11.45am - Ketika ini Konvoi Pemuda UMNO Tanjong masih di Program Pemuda Prihatin

Saturday, August 15, 2009

Sekitar Hari Pertama Konvoi Jalur Gemilang Pemuda UMNO Bahagian Tanjong

Jeffri Salim sedang di temubual oleh Wartawan
berkenaan kempen kibar Jalur Gemilang


Di Masjid Simpang Enam setelah selesai menunaikan solat zohor

Penyerahan Jalur Gemilang Kepada
Wakil OCS Balai Polis Central


Ketua Penerangan Pemuda UMNO Tanjong
bersama peserta konvoi

Ketua Pemuda Jeffri Salim dan Naib Ketua Saudara Nizam
melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan yang
sedang menunggu untuk masuk ke feri

Saudara Aznan sedang mengetuai
bacaan doa sebelum konvoi bermula

Jeffri bersama AJK Pemuda sedang melekatkan
bendera di kenderaan Polis yang mengiringi konvoi Jalur Gemilang

Saudara Mofed sedang memberi penerangan kepada Sarjan

Saudara Azhar menguruskan pendaftaran peserta

Saudara Madi (3 dari kiri) orang kuat Pemuda Tanjong

Tanjong, 15 Ogos - Pergerakkan Pemuda UMNO Tanjong di bawah kepimpinan Saudara Jeffri Salim telah melaksankan satu tanggungjawab dengan menganjurkan kempen kibarkan Jalur Gemilang untuk memberi kesedaran kepada penduduk di sekitar parlimen Tanjong. Program yang berlangsung selama 2 hari ini disertai oleh 120 orang peserta dan bermula di Marina Bay berdekatan dengan terminal Feri Sultan Abdul Halim dan di teruskan ke Flat PPR Jalan Zainal Abidin, Flat Jalan Kedah dan juga Balai Polis Central untuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat. Peserta konvoi kemudian berhenti di Masjid Simpang Enam untuk menunaikan solat zohor. Konvoi di mulakan dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna Feri dengan Jeffri Salim dan Saudara Nizam melekatkan Jalur gemilang di kenderaan yang sedang menunggu untuk masuk ke feri.

Ketika ini jam 3.30pm Konvoi Jalur Gemilang Pemuda UMNO Tanjong berhenti di Dewan Sri Pinang bersama dengan ahli-ahli UMNO bahagian tanjong mengikuti Program "Sembang-sembang Politik - Apa dah Jadi?" dengan Ahli Panelnya adalah Y.A.B Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan juga YB Datuk Seri Khir Toyo , bekas Menteri Besar Selangor dan juga merupakan Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Peserta konvoi Jalur Gemilang akan meneruskan perjalanan ke Tabung Haji untuk menginap di sana bagi penamat program pada hari ini dengan pengisian program akan di jalankan di Tabung Haji. Peserta akan di persembahkan dengan tayangan video berkenaan sejarah kemerdekaan. Perjalanan peserta konvoi akan bersambung pada besok 16hb Ogos 2009, dan laporan seterusnya akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Selamat berjaya Pemuda UMNO Tanjong!!!

Monday, August 10, 2009

PRK Permatang Pasir- Cabaran Menanti UMNO/BN

Tanjong-10 Ogos: Pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia berkenanaan PRK Permatang Pasir menamatkan teka-teki banyak pihak. Penamaan calon pada 17 Ogos dan tarikh pengundian pada 25 Ogos ini boleh di gunakan sebaiknya oleh UMNO/BN untuk memastikan parti ini masih di terima oleh masyarakat. Hari pengundian yang akan berlangsung pada hari puasa yang ke-4 ini akan memberi cabaran kepada UMNO/BN dan tentu sekali akan menyukarkan pihak Pembangkang untuk menyerang UMNO dengan maki hamun kerana ia berlangsung dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.

Menurut Ketua Pemuda Tanjong kepada editor, Pemuda tanjong akan turun untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan kepada calon UMNO/BN yang akan di pilih kelak. " Saya akan pastikan pemuda tanjong akan turut berkempen dari rumah ke rumah tanpa rasa takut seperti mana yang berlaku pada Pilihanraya kecil permatang pauh di mana ahli UMNO ketika itu tidak berani untuk memakai baju atau topi yang berlambangkan UMNO akibat di ugut oleh penyokong dan pemimpin pembangkang. Keadaan di permatang pasir kali ini amat berlainan di mana rakyat pasti menilai kelemahan yang di miliki oleh Pakatan pembangkang". Kami telah mengerahkan barisan pemuda tanjong untuk berani kedepan menentang dakyah-dakyah yang di lemparkan oleh pembangkang semasa berkempen di permatang pauh nanti, ujar Jeffri Salim.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir di adakan ekoran kematian ADUN Permatang Pasir dari PAS, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat sakit Jantung.

Selamat berjuang kepada barisan Pemuda UMNO Tanjong!!!!!

Saturday, August 8, 2009

Cikgu Mustaffa Sidek Kembali ke Rahmatullah

Pulau Pinang- 8 Aug, Mustaffa Sidek atau lebih di kenali sebagai Cikgu Mustaffa telah kembali kerahmatullah tepat jam 1.15 pagi tadi. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Pulau Pinang akibat barah paru-paru. Beliau yang berusia 66 tahun semasa hayatnya adalah seorang yang aktif di dalam perjuangan UMNO dan merupakan ahli Jawatankuasa UMNO Lebuh Acheh. Jenazah beliau akan di kebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Gelugor... Pemuda UMNO Tanjong mengucapkan takziah kepada keluarga Cikgu Mustaffa Sidek

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..... Al-Fatihah....

Wednesday, August 5, 2009

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Pendaftaran Pengundi Baru


Tanjong:- 5 Ogos, Pemuda UMNO Tanjong di bawah kepimpinan Jeffri Salim sekali lagi akan menganjurkan Program bertemakan "Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Pendaftaran Pengundi Baru" yang akan menjelajah keseluruh kawasan Parlimen Tanjong dan beberapa Parlimen yang akan di umumkan kelak. Program ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 15hb Ogos dan berakhir pada 16hb Ogos 2009.

Kempen ini di jangka akan disertai lebih kurang 200 ahli Pemuda dari sekitar Parlimen Tanjong. Menurut ketua Pemuda Tanjong kepada editor, 'Program yang di anjurkan ini di harapkan dapat menerapkan semangat cintakan negara dan juga akan mewujudkan budaya yang memahami konsep 1 Malaysia seperti yang di terapkan di bawah kepimpinan Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya juga berharap agar pemuda-pemuda di sekitar Pulau Pinang amnya dan Tanjong khususnya akan dapat mengenali lebih rapat lagi kepinpinan pemuda UMNO bahagian tanjong yang di terajui oleh saya. Menurut beliau lagi program ini juga akan di jadikan sebagai pemangkin untuk mendapatkan kembali sokongan dari golongan muda dengan melakukan pendekatan membuat pendaftaran pengudi baru secara bergerak dan dari rumah ke rumah.

Pengisian dari program ini juga di katakan akan di lakukan dengan memberi penerangan kepada masyarakat sekitar tanjong di mana kelemahan yang teradapat dari pakatan pembangkang ketika ini. 'Saya juga menyeru kepada pemuda-pemuda UMNO dari cawangan-cawangan dapat terlibat dalam program yang di anjurkan ini' Kata Jeffri Salim lagi. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Saudara Mofed, Pengerusi Biro Belia dan Sukan Pemuda UMNO Tanjong di talian 012-5228830 atau Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Tanjong En. Harris di talian 017-4523069