Thursday, January 27, 2011

BANTUAN KEBAKARAN DARI UMNO TANJONG

UMNO Tanjong sekali lagi meneruskan misi membantu mangsa kebakaran apabila memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada pemilik 5 kedai yg terlibat di dalam kebakaran awal pagi Ahad lalu. Kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi itu telah menyebabkan pemilik 5 kedai tersebut hilang mata pencarian.

Y.Bhg Dato' Ahmad Ibni Hajar selaku Ketua Umno Bahagian yang menyampaikan bantuan tersebut memberitahu akhbar, ini bukanlah bantuan yang pertama di berikan oleh UMNO dan BN tetapi telah beberapa kali membantu rakyat yang terlibat dalam kejadian sebegini. "kita tidak seperti pihak yang satu lagi itu, bagi RM100 pun nak heboh satu Malaysia" kata beliau secara sinis. "Kita juga membantu tidak kira fahaman politik dan juga kaum kerana kita hidup di dalam komuniti. Turut hadir ialah En. Oh Tong Keong Penyelaras Parlimen Tanjong dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bah. Tanjong Saudara Ahmad Nizam Nazri Hashim yang mewakili Jeffri Salim yang tidak dapat hadir kerana urusan penting.

Menurut salah seorang mangsa Cheah Siew Eng 61, beliau amat terharu dengan bantuan yang di berikan ini. " bantuan yang di berikan ini saya lihat penuh keikhlasan dengan genangan air mata".

1 comment:

  1. Apa kata UMNO kawasan tuan/puan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota ceramah yang telah beliau wakafkan kepada semua netizen:-
    http://www.docstoc.com/docs/72022611/Ketuanan-Melayu-Mengikut-Ulama-Nusantara

    Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang yang terkenal. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

    ReplyDelete