Wednesday, August 5, 2009

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Pendaftaran Pengundi Baru


Tanjong:- 5 Ogos, Pemuda UMNO Tanjong di bawah kepimpinan Jeffri Salim sekali lagi akan menganjurkan Program bertemakan "Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Pendaftaran Pengundi Baru" yang akan menjelajah keseluruh kawasan Parlimen Tanjong dan beberapa Parlimen yang akan di umumkan kelak. Program ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 15hb Ogos dan berakhir pada 16hb Ogos 2009.

Kempen ini di jangka akan disertai lebih kurang 200 ahli Pemuda dari sekitar Parlimen Tanjong. Menurut ketua Pemuda Tanjong kepada editor, 'Program yang di anjurkan ini di harapkan dapat menerapkan semangat cintakan negara dan juga akan mewujudkan budaya yang memahami konsep 1 Malaysia seperti yang di terapkan di bawah kepimpinan Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya juga berharap agar pemuda-pemuda di sekitar Pulau Pinang amnya dan Tanjong khususnya akan dapat mengenali lebih rapat lagi kepinpinan pemuda UMNO bahagian tanjong yang di terajui oleh saya. Menurut beliau lagi program ini juga akan di jadikan sebagai pemangkin untuk mendapatkan kembali sokongan dari golongan muda dengan melakukan pendekatan membuat pendaftaran pengudi baru secara bergerak dan dari rumah ke rumah.

Pengisian dari program ini juga di katakan akan di lakukan dengan memberi penerangan kepada masyarakat sekitar tanjong di mana kelemahan yang teradapat dari pakatan pembangkang ketika ini. 'Saya juga menyeru kepada pemuda-pemuda UMNO dari cawangan-cawangan dapat terlibat dalam program yang di anjurkan ini' Kata Jeffri Salim lagi. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Saudara Mofed, Pengerusi Biro Belia dan Sukan Pemuda UMNO Tanjong di talian 012-5228830 atau Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Tanjong En. Harris di talian 017-4523069

No comments:

Post a Comment