Wednesday, February 3, 2010

SANDIWARA TERBARU PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Pulau Pinang kembali panas dengan isu pertelagahan di antara dua pemimpin Pakatan Pembangkang iaitu YAB Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri dengan YB Datuk Seri Zahrain Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru. Ini berikutan kenyataan YB Datuk Seri Zahrain Hashim mendakwa YAB Lim Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala diktator dan berfikiran secara Komunis. Kenyataan ini boleh di anggap sebagai satu sandiwara terbaru dalam Pakatan Rakyat untuk mengalih perhatian masyarakat bagi Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan di bicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 3hb Februari jam 2.30 Petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagi Pemuda UMNO Tanjong, sandiwara yang di wujudkan ini telah dapat di hidu dari awal lagi memandangkan PKR di Pulau Pinang semakin kehilangan sokongan dan sebagai sebuah parti yang mengamalkan konsep keahlian terbuka maka sesuatu isu itu harus mendapat liputan yang meluas supaya masyarakat di Pulau Pinang khususnya, dapat melihat pemimpin-pemimpin mereka berkerja walaupun pada hakikatnya masalah ini tidak akan dapat di atasi.

Trend pemimpin Pakatan Rakyat berbalah sudah berlaku sejak dari selepas Pilihanraya umum ke 12 tempoh hari di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Adun Penanti Saudara Fairus meletakkan jawatan di sebabkan ketidak puasan hati kepada Lim Guan Eng. Namun atas nasihat dari Ketua Pembangkang, YB Anwar Ibrahim, Saudara Fairus sanggup mengadaikan maruahnya untuk melepaskan jawatan sebagai TKM dan Adun.

Yang menariknya di sini walaupun YB Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang, hakiktnya beliau amat takut dengan tokoh-tokoh pemimpin dari DAP dan PAS kerana hasrat utama beliau hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri. Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu YB Zulkifli Noordin yang di larang dari mengeluarkan sebarang kenyataan kerana takut hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri terbantut tanpa mendapat sokongan dari DAP dan PAS, walaupun isu yang membabitkan Agama Islam di persenda. Dan tidak mustahil YB Kulim-Bandar Baharu akan meminta maaf kepada YB Shah Alam Saudara Khalid Samad kerana di akhirnya satu perkataan yang lucu akan keluar iaitu'sebagai Pakatan yang baru, masalah mesti akan timbul, namun itu semua untuk kebaikan Pakatan kami di masa hadapan'. Namun sebagai sebuah parti yang menjadi peneraju dalam pakatan pembangkang apakah hasrat perjuangan utama YB Anwar Ibrahim ini hanya untuk menjadi Perdana Menteri?

Dan kepada Pemimpin-pemimpin UMNO jangan melatah dan cepat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan dalam kes yang melibatkan YB Bayan Baru dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Berdasarkan pengalaman yang dilalui, Pemimpin pengecut dari PKR akan memohon maaf di atas segala kekhilafan yang di lakukan oleh mereka. Dan mereka akan berbalik kepada perjuangan utama mereka iaitu menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.

Pemuda UMNO Tanjong mencabar jika benar YB Datuk Zahrain dan YB Zulkifli Noordin Ikhlas dalam perjuangan mereka.... Keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas......

Nantikan sandiwara seterusnya dari Pakatan Haram Rakyat!!!

No comments:

Post a Comment