Wednesday, September 22, 2010

ZIARAH RAMADHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA

Parlimen Tanjong adalah sebuah parlimen yang menjadi lubuk kepada semua parti politik yang berhasrat untuk menjadi pemimpin di kawasan yang di katakan mempunyai hasil kepada segala macam bentuk ekonomi. Walaupun ketika ini pemerintahan Kerajaan negeri Pulau Pinang di kuasai oleh DAP dan rakan sekutunya PKR dan PAS namun Barisan Nasional tidak langsung berdiam diri dalam mempergiatkan usaha demi membantu masyarakat di tanjong khususnya dan Pulau Pinang amnya.Bersempena dengan Ramadhan yang lalu, Penyelaras Parlimen Tanjong yang juga merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pemuda Gerakan Pusat Oh Tong Keong bersama Jeffri Salim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong bersama-sama menjayakan satu lawatan yang di beri nama " Ziarah Ramadhan" di sekitar Jalan Arrifin di Tanjong.

Program ini bertujuan menziarahi penduduk dan bertanya khabar sambil memberi sumbangan hari raya berupa hamper. Rata-rata penduduk yang di temui semasa program berlangsung begitu teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Oh Tong Keong dan Jeffri Salim yang sanggup meluangkan masa untuk bertemu mereka walau dalam kesibukan tugas harian. Walaupun penduduk di sekitar kawasan ini mempunyai pendapatan yang tetap dan mempunyai kemampuan untuk menyara keluarga, mereka tetap berbesar hati dengan kunjungan yang di lakukan.

Seorang penduduk Mastan 71 berkata, beliau rasa sungguh bertuah kerana menerima kunjungan dari pemimpin Barisan Nasional walaupun mereka tidak lagi memerintah kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan negeri (DAP) sekarang yang hanya datang untuk meraih undi ketika musim pilihanraya. Walaupun kunjungan ini bukan atas dasar politik, namun perkara ini harus di contohi dan di jadikan teladan oleh semua pemimpin parti politik agar rakyat dapat menilai mereka.

Menurut Oh Tong Keong, beliau akan terus bekerjasama dengan Jeffri Salim dan Pemuda UMNO Tanjong serta Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum. Ini adalah semangat yang di terapkan oleh Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. "kita juga akan meneruskan program-program kepada rakyat supaya kita dapat merampas kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 nanti.

Sementara itu Jeffri Salim pula berkata, Pemuda UMNO Tanjong tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Pemuda Gerakan Tanjong dan mengharapkan agar usaha ini dapat di teruskan. "Kita akan terus berkhidmat kepada rakyat selagi terdaya selaras dengan seruan Perdana Menteri 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan" Katanya lagi.

Bersahur di rumah keluarga 'miskin bandar'

Sempena dengan sambutan ramadhan tempoh hari Pemuda UMNO Tanjong telah melaksanakan program “Jom Sahur” ke rumah penduduk miskin di Flat Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin. Program yang di jalankan pada jam 2.30 pagi itu amat meberikan kesan dan dapat menceriakan mereka memandangkan pasangan suami isteri ini, yang mempunyai 10 orang anak di kala lembaran syawal semakin hampir tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan hanya berharap kepada bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang sebanyak RM 350.

Ketua Pemuda Tanjong, Jeffri Salim menegaskan bahawa, program ini di laksanakan sebagai tanggungjawab Pemuda UMNO Tanjong dalam memastikan kehidupan masyarakat di dalam Prlimen Tanjong terbela. Atas dasar itulah beliau merasakan perlunya mendekatkan diri dengan penduduk miskin Bandar seperti keluarga ini.

Bantuan yang di berikan adalah seperti beras,gula,milo,roti dan wang tunai. Sebelum bantuan di berikan, Jeffri bersama dengan jawatankuasa pemuda tanjong membawa bekalan bersahur untuk meraikan keluarga tersebut.

Ketibaan Pemuda Tanjong

Jeffri bertanya khabar

Masih terkejut

Anak-anak yang masih tidur

Bantuan yang di berikan kepada keluarga ini