Saturday, July 25, 2009

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong 2009






24 Julai - Tanjong, Persidangan UMNO Bahagian Tanjong yang berlangsung semalam telah menunjukkan kematangan di kalangan perwakilan yang hadir. Persidangan di mulakan dengan bacaan doa dan di ikuti oleh ucapan dari Ketua UMNO Bahagian Tanjong Dato' Ahmad Ibni Hajar. Persidangan seterusnya di rasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yasin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Ucapan Y.A.B Tan Sri banyak di tujukan kepada pemuda UMNO agar terus berani menentang segala tohmahan yang di lemparkan dari pembangkang. Seterusnya beliau mengingatkan agar semua perwakilan yang hadir agar dapat merapatkan semula barisan agar tidak lopong dek kerana pemilihan yang berlangsung pada tahun lepas. Menurut Tan Sri ini bukan lagi masa untuk kita semua menuding jari mencari salah dan silap.

Persidangan UMNO Bahagian Tanjong di sambung semula pada jam 5.15 petang dengan sesi pengundian untuk memilih wakil 7 ke perhimpunan Agung UMNO. Semua perwakilan telah menunaikan tanggungjawab dan pemilihan wakil 7 telah di menangi oleh Dato' Hjh Khairun, Hj Mustaffa, Haji Zahari, Saudara Hamzah, Puan Khatijah Bee, En. Mohamed Ismail dan Hj Amer Tajuddin.

Persidangan seterusnya disambung dengan ucapan penanguhan dimana dapat di lihat 4 wakil pemuda yang berucap semasa ucapan penangguhan berlangsung di mulakan dengan Saudara Jajakhan Kader Ghani yang mewakili Cawangan Kampung Manggis membawa semua perwakilan agar merenung kembali mengenai kekalah BN pada PRU 12. kemudian Saudara Rahman Makhtun yang mewakili Cawangan Simpang 6 pula mengambil tempat untuk ucapan penangguhan dengan mengutarakan agar pemimpin UMNO kembali bersatu. Saudara Fahami Ashrof Badaruddin yang mewakili Cawangan Lebuh Pantai menghangatkan lagi sesi ucapan penanguhan tersebut dengan ucapan lebih menjurus kepada isu Nasional yang banyak menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di katakan menjadi pengkhianat bangsa Melayu dan seterusnya Saudara Fazroul Ifzam Badaruddin yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Tanjong menjadi wakil G10 untuk memberi ucapan penangguhan.

Secara keseluruhanya Persidangan UMNO Bahagian Tanjong telah berjalan dengan lancar dan barisan Pemuda di bawah kepimpinan Jeffri Salim di lihat semakin berani dalam mengkritik dan ini di lihat menjadi satu tanda aras dalam perkembangan pemuda UMNO Tanjong.

Syabas buat semua perwakilan.

Thursday, July 23, 2009

Persiapan Persidangan UMNO Bahagian Tanjong




23 Julai- 10.30 mlm, Pemuda UMNO Tanjong bersama-sama Jawatankuasa UMNO Bahagian tanjong membantu persiapan untuk Persidangan UMNO Bahagian Tanjong yang akan di rasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 24hb Julai 2009 . Persiapan ketika ini berjalan dengan lancar.

Monday, July 20, 2009

Persidangan Pemuda Tanjong Lancar

Persidangan Pemuda UMNO Tanjong yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu telah berlangsung dengan jayanya. Persidangan yang bermula pada jam 8.30pm itu di mulakan dengan bacaan doa oleh Pegerusi Biro Agama. Bagaimanapun acara perasmian hanya di langsungkan pada jam 9.45pm di sebabkan kelewatan tetamu kehormat. Proses pemilihan untuk wakil 2 pemuda ke persidangan pemuda Malaysia juga berjalan lancar apabila dari empat calon yang layak bertanding telah menyaksikan Saudara Haris yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pemuda dan Saudara Badrul Hisham AJK, berjaya menewaskan pencabar masing-masing.
Persidangan pemuda kali ini juga menyaksikan pemuda-pemuda di bawah kepimpinan Jeffri Salim, dengan lantang menyuarakan pendapat dan memberi idea-idea yang boleh menjadi pemangkin kepada perjalanan pergerakan ini. Ucapan penangguhan juga telah menyaksikan pemuda UMNO tanjong memang mempunyai speaker yang berbakat besar. Persidangan Pemuda Tanjong hanya berakhir pada jam 2.15pagi.

Gambar Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong

Mantan Ketua Pemuda Y.M Raja Munir dan
Mantan Naib Ketua Saudara Khairudin
sedang berbual sementara menunggu Dif Kehormat
Ketua Penerangan dan Penolong Bendahari
sedang menyemak buku Penyata
Para perwakilan sedang tekun mendengar
ucapan dari Ketua Pemuda Bahagian Saudara Jeffri Salim
Tetamu Kehormat dari Kiri: Noor Rahim (SU Bah. Tanjong), Saudara Rafizal Ketua Pemuda Bukit Bendera, Saudara Norman Zahalan Ketua Pemuda Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg Dato' Ahmad Ibni Hajar Ketua Bahagian Tanjong, Y.Bhg Ustaz Syahrin Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jeffri Salim Ketua Pemuda Tanjong, Nizam N.Ketua Pemuda Bahagian Tanjong, dan Saudara Haris Pen. SU Pemuda.
Ucapan Ketua Pemuda Bahagian Tanjong Jeffri Salim
Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg Ustaz Syahrin Jamaluddin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
merangkap Setiausaha Politik Menteri Pelajaran

Saturday, July 18, 2009

Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong




7.10pm-Persiapan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong hari ini berjalan lancar dengan kehadiran perwakilan Tanjong. Kini pendaftaran perwakilan terus berjalan.

Thursday, July 16, 2009

Isyarat pengundi Manek Urai

DATUK Mustapa Mohamed yang menerajui jentera Barisan Nasional (BN) belum pun lagi menghela nafas melepaskan penat ketika keputusan diketahui. Namun beliau kelihatan tenang ketika menunggu ketibaan pihak media untuk mendapatkan ulasannya. Tidak pula tercetus nada kesal. Beliau reda menerima kekalahan di kubu kuat Pas itu. Kekalahan yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penunjuk arah kepada 'kebangkitan' semula UMNO di Kelantan. Pengundi telah membuat keputusan kelmarin. Mereka memutuskan untuk mengekalkan kemenangan Pas di Manek Urai. Tetapi parti itu hampir dimalukan dengan hanya bersandarkan majoriti 65 undi, ketika ia mengharapkan majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Apatah lagi sejak petang pengundian, sudah kedengaran desas-desus di kalangan penyokong parti itu bahawa majoriti kira-kira 2,000 undi sudah dalam tangan. Mereka yakin memperoleh lebih banyak majoriti. Mereka begitu yakin hingga waktu kertas-kertas undi mula dikira. Namun ia cukup mencemaskan apabila peti-peti terakhir mula dihitung kembali di pusat penjumlahan. Rupanya ramai yang keberatan menonjolkan perubahan pendirian mereka agar tidak menimbulkan masalah daripada segi hubungan kemasyarakatan agar tidak dimusuhi.

Barangkali juga, jika tidak kerana undi rosak sebanyak 117, keputusan boleh berubah dan BN mampu membuat kejutan besar yang sekali gus mencetuskan kemeriahan suasana politik baru di Kelantan dan menggelorakan Pas. Bagaimanapun, kemenangan tetap kemenangan biarpun dengan kelebihan satu undi. Kemenangan telah berpihak kepada Mohd. Fauzi Abdullah, 50, sebagai wakil rakyat baru Manek Urai. Kini pemborong ikan itu tentunya tidak lagi punya banyak masa untuk menguruskan perniagaannya di pasar. Terbukti ia suatu persaingan yang sengit dengan keupayaan hampir seimbang. Namun bagi UMNO dan BN yang berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat di pedalaman ini, ia mungkin sekadar cukup sebagai suatu "kemenangan moral."

Bagi UMNO, ia merupakan satu lonjakan semangat yang besar kerana di sini adalah kubu kuat Pas. Kalau disandar perkiraan di atas kertas, awal-awal lagi UMNO sudah tewas. Manek Urai dan Pas sebelum ini begitu sinonim. Namun UMNO/BN kembali menguasai lima daripada sembilan peti undi. Ia termasuk pengundi di Manek Urai Lama dan Manek Urai yang mungkin mengharapkan kemudahan lebih baik. Mereka mungkin mahu menyaksikan janji BN direalisasikan termasuk pembinaan jambatan baru bagi meneruskan kehidupan sementara menunggu jambatan "siratulmustaqim". Kawasan DUN Manek Urai melibatkan hampir 100 peratus pengundi Melayu yang berada dalam lingkaran kehidupan kampung di pedalaman yang mudah dan bersahaja dari kaca mata luar. Dalam suasana itu, cukup mudah untuk Pas terus melekatkan jenama politiknya sekian lama, namun dengan mengetepikan penyokong tegar yang tidak begitu banyak berubah, aliran pemikiran generasi muda dan atas pagar mula berpaling daripadanya.

Mereka inilah yang mungkin dikaitkan dengan singkatan "PSB" yang didengar, dilaungkan oleh anak muda di Kampung Manek Urai Lama iaitu Parti Sdn. Bhd. yang berhak memutuskan pendirian sendiri. Mengikut sejarah pilihan raya, memang Pas mempunyai kelebihan besar di sini. Sejak dua dekad lalu ia cuma tewas pada 2004 ketika BN menang dengan majoriti 53 undi. Pada 2008, Pas kembali bangkit dengan majoriti besar 1,352.

Namun majoriti yang diraih Pas menerusi Allahyarham Ismail Yaacob pada pilihan raya umum dulu, kini merosot berpuluh kali ganda dengan 1,267 undi dihakis. Pilihan raya kecil ini mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 87.33 peratus atau 10,736 pengundi iaitu yang tertinggi selepas rentetan enam siri pilihan raya kecil sebelum ini. Mungkin kerana disebabkan mereka semakin sedar dan pentingnya memilih wakil rakyat yang bukan sekadar memberi kesan kepada parti-parti yang bertanding tetapi juga kehidupan mereka. Keputusan itu terserlah ketika perjalanan kempen dan pengundian lancar dan aman tanpa banyak gegaran sebagaimana lazimnya dengan soal pengundi hantu, soal ugutan, rasuah dan salah guna kuasa.

Apakah isyarat yang cuba disampaikan pengundi di Manek Urai kepada Pas? Barangkali ia isyarat awal untuk Pas agar tidak angkuh kerana hakisan pengaruh semakin jelas. Penglibatan total Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya sekadar menahan daripada rebah sedangkan parti itu dikatakan berada dalam keadaan begitu kukuh sebelum ini. Pas sangat yakin di Manek Urai. Strategi Pas meletakkan Tok Guru Nik Aziz sebagai modal utama tidak banyak memberi kesan biarpun beliau sanggup menyerang dengan "membinatangkan" dan "mengkafirkan" pihak lawan.

Namun seperti biasa Pas masih tidak berpuas hati dengan kemenangan itu. Ia mengaitkan jumlah majoriti yang semakin kurang itu dengan permainan politik wang. Malah penggunaan jentera kerajaan juga dikaitkan dengan kemelesetan jumlah majoriti tersebut. Namun tentunya pengundi juga sedar dan arif apa yang Pas dan Kerajaan Negeri Keantan lakukan untuk terus bertapak di Manek Urai. Kalangan pemerhati berpendapat, di sini maruah Pas Kelantan dan Nik Abdul Aziz menjadi taruhan, bagi mengelak daripada dendangan kata-kata "di sinilah permulaan kejatuhan Pas." Bagi UMNO pula, Manek Urai dilihat sebagai rangsangan titik mula untuk UMNO bangkit menyedarkan dan meyakinkan rakyat bahawa ia dapat melakukan sesuatu yang lebih baik bagi membela agama dan nasib bangsa. Sekurang-kurangnya ujian awal ini dapat dijadikan pengukur di tahap mana keupayaan UMNO yang sedang diberi nafas baru oleh Mustapa bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

Ia juga pastinya menerbitkan rasa kesal sebilangan mereka yang dikaitkan dengan jentera parti kerana jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh sebagaimana jentera Pas, mereka mampu membantu memberi kemenangan. Cuma waktu sudah terlewat di Manek Urai. Namun masih banyak lagi cabaran menanti sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Posting by: WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

Wednesday, July 15, 2009

Kepimpinan MB Selangor dipersoalkan

ISU rombakan barisan Exco Selangor berterusan dan semakin hangat diperkatakan apabila Mohd. Azmin Ali meningkatkan desakan supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan sesuatu.Setelah menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan kenyataan-kenyataan pedas pada Khamis minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sekali lagi mencuri tumpuan terhadap isu yang sama lima hari kemudian.Pada serangan pertama, Azmin mahu barisan Exco dibubar kerana pemimpin-pemimpin di kalangan parti Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), gagal menjalankan tanggungjawab memajukan negeri itu.

Tegasnya, kegagalan itu berlaku kerana barisan Exco yang dilantik tidak mampu melaksanakan prinsip pentadbiran baik, demokrasi dan hak asasi manusia dan kebebasan, yang menjadi asas penubuhan kerajaan campuran Selangor satu setengah tahun lalu.Kekangan itu menjadikan halangan besar bagi pakatan kerajaan campuran untuk memajukan Selangor setelah berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tahun lalu.Sebab itu di sidang dewan itu Azmin menetapkan pendirian bahawa jika barisan Exco tidak mampu menuruti dan mematuhi prinsip tersebut, kerajaan negeri tiada pilihan lain selain merombak dan menukar barisan Exco sedia ada.

Namun pada Isnin lalu, nada Azmin selaku ketua backbenchers agak lembut sikit dengan menyebut bahawa cadangan beliau bukan bermaksud Menteri Besar mesti memecat mana-mana anggota Exconya.Sebaliknya rombakan boleh dilakukan dengan menukar portfolio Exco yang ada.Tetapi beliau sempat memberi kenyataan sinis bahawa tindakan itu terserah kepada Abdul Khalid yang turut menegaskan kepada media iaitu rombakan Exco tidak akan dilakukan.
Dalam soal ini Abdul Khalid melihat beliau tidak perlu mengikut telunjuk Azmin malah menganggap serangan tersebut tidak lebih daripada satu cadangan sahaja.

Lumrahnya jika cadangan tidak semestinya perlu diterima sebulat suara, lebih-lebih lagi pada pandangan Abdul Khalid, barisan Exco pilihannya sudah menunjukkan tahap kerja yang diharapkan. Perbezaan pendapatan dan pandangan itu kebetulannya dari pemimpin-pemimin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Azmin berjawatan Naib Presiden dan Abdul Khalid pula pemimpin parti peringkat negeri Selangor. Tetapi 'tiada angin masakan pokok bergoyang'. Atas alasan-alasan kukuh diyakini telah mendorong desakan merombak Exco dibuat. Kalau dilihat cara serangan Azmin ternyata beliau bersungguh-sungguh mahu cadangan beliau dilaksanakan. Selaku Menteri Besar, Abdul Khalid telah bertindak wajar mempertahankan anak-anak buahnya. Tetapi berapa lama ia mahu dipertahankan.

Wajarkah tindakan tersebut sekiranya memang banyak bukti dapat dinyatakan bahawa barisan pimpinan kerajaan campuran di Selangor sebenarnya pincang tidak seindah seperti yang diuar-uarkan kepada masyarakat di bandar atau di desa. Secara tersirat atau tidak Abdul Khalid turut perlu menerima kenyataan bahawa kumpulan backbenchers sudah mula mempersoalkan cara kepimpinannya. Gerakan ini muncul mungkin cara beliau dan barisannya yang lebih gemar bercakap mengenai keburukan kerajaan negeri terdahulu daripada membiarkan Selangor terus kekurangan sumber kewangan untuk mentadbir kerajaan.
Posting by:- NOR SEDEK ISMAIL

PRK Manik Urai - BN Kalah Bermaruah

Kekalahan calon UMNO/BN memang sudah di jangka oleh kebanyakkan pemerhati politik. Namun kejutan terbesar yang berlaku adalah kejayaan UMNO/BN mengurangkan majoriti PAS yang hanya memenangi kerusi DUN manik Urai dengan kelebihan majoriti 65 undi adalah jelas pendekatan UMNO/BN masih di terima oleh rakyat. Kebangkitan jelas masyarakat di manik urai adalah dengan memberi petunjuk kepada PAS bahawa parti itu juga tidak sekuat yang di jangka. PAS yang di wakili oleh Ahmad Fauzi telah menewaskan calon UMNO/BN Tuan Aziz pada pilihanraya yang berlangsung semalam.
Menurut Tuan Aziz, kekalahan beliau tidak akan mematahkan semangat untuk beliau terus memperjuangkan nasib penduduk di Manik Urai. Namun bagi PAS, mereka perlu untuk melihat kembali keangkuhan mereka kini sudah dapat di hidu oleh rakyat yang di lihat seperti hilang keyakinan kepada mereka.

Saturday, July 11, 2009

Wacana Minda: Perpaduan Ummah, 'Retorik atau Survival'

Sidang Media Y.bhg Ustaz Afandi

Ketua Pemuda Tanjong Jeffri Salim, Nizam Naib Ketua dan
Fazroul Ketua Penerangan Pemuda
sedang berbincang dengan Ustaz Afandi

Ustaz Afandi sedang mendengar
penerangan dari YB Mujahid
berkenaan buku tulisan beliau
semasa menikmati minum petang

kenyataan lucu dari YB Mujahid

Bukti UMNO dan PAS boleh bersatu


Hadirin yang tekun mendengar
hujah yang di kemukan oleh Ahli Panel

Ahli PAS yang turut serta dalam Program

Ahli Panel sedang Berhujah dari kiri: YM Raja Munir,
Ustaz Afandi, Dato Ahmad, YB Mujahid dan Arshad

Wancana minda di antara UMNO dan juga PAS yang di inginkan oleh kebanyakkan orang melayu telah berjaya di laksanakan oleh UMNO Bahagian Tanjong, di bawah biro latihan yang telah menganjurkan perbincangan berkenaan tajuk 'Perpaduan Ummah, Retorik atau Survival' yang melibatkan kepimpinan dari 2 wakil yang mewakili orang melayu. UMNO telah di wakili oleh Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Y.Bhg Ustaz Afandi mana kala PAS di wakili oleh YB Dr. Mujahid Yusof Rawa yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dan AJK PAS Pusat. Perbincangan ini di mulakan dengan hujah dari kedua ahli Panel yang mewakili parti masing-masing.

Perbincangan ini lebih menjurus kepada penyatuan umat melayu yang beragama islam di negeri tercinta Pulau Pinang. Hujah yang di kemukakan oleh kedua-dua ahli panel ini juga menandakan telah bermulanya satu era baru bagi kedua-dua parti yang di ketuai oleh orang melayu. Maka perlaksanaan untuk menyatukan kedua parti terbesar orang melayu ini tidak harus di tunggu lagi dan perlunya kesinambungan dari perbincangan yang berlaku hari ini di teruskan dari semasa ke semasa.

Thursday, July 9, 2009

Merapatkan perbezaan di Manek Urai

WAN Musa Wan Hussin yang mencecah usia hampir 60 tahun cukup seronok diajak berbual tentang musim pilihan raya yang muncul lagi di Manek Urai, khususnya di kampungnya - Chuchoh Puteri A.Bagi petani kawasan penempatan berbukit itu, Chuchoh Puteri bagaikan 'kampung Malaysia' - pengunjung dari pelbagai negeri turut berkampung, pembesar dua parti silih bertandang memberi pesan.Seperti di penempatan lain dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, siang dan malamnya tidak lagi sunyi manakala penduduk setempat tidak lagi mudah memadam lampu untuk tidur awal seperti selalu.

''Ketika ini musim durian baru bermula dan umumnya penduduk mempunyai dusun sekurang-kurangnya 0.8 hektar. Kalau ada yang memiliki dusun durian kunyit, memang durian runtuhlah.''Di kebun mungkin RM13 sekilo tetapi apabila di luar sampai RM18 dan RM20. Ramai yang harap semua luruh sepanjang musim pilihan raya ini," ujarnya sambil ketawa kecil.Selain suasana itu, Wan Musa merasakan ada suatu yang agak berbeza iaitu soal menelah calon mana yang menang dan kalah, yang boleh bangun menjulang tangan atau sekadar bersandar lelah.

Dalam beberapa pilihan raya, umumnya mudah sahaja orang ramai termasuk dirinya meramalkan peluang calon atau parti, walaupun masih jauh hari mengundi dan umumnya mereka tidak silap.''Kali ini payah orang ramai untuk menyebut sama ada calon BN atau calon Pas yang menang," katanya ketika menebas di kebunnya.Pas dikatakan mengharapkan bukan Tuan Aziz Tuan Mat yang menjadi calon BN supaya laluan mereka untuk mengekalkan kerusi lebih mudah kerana jentera parti sukar dipecah belah malah mereka lebih ghairah memenangkannya.

Ada kalangan yang sentiasa mengundi Pas sepanjang rentetan pilihan raya umum di Manek Urai mengakui mereka sendiri sukar untuk putuskan pendirian siapa yang akan diberi undi.Seperti calon Pas (Mohd. Fauzi Abdullah) yang sama-sama menetap di Guchil - di pinggir bandar ini, mereka juga saling dikenali ramai dan kelihatan agak dekat dengan masyarakat tempatan.Mereka juga mempunyai rantaian hubungan keluarga dan sahabat handai dan semua ini membuat ramai yang 'malu mata'.

Bezanya seorang pemborong ikan yang kelebihannya berserban dan seorang lagi pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang lebih muda - namun kedua-duanya tidak terpisah daripada memenuhi keperluan masyarakat dengan kerja mereka.Biarpun orang politik selalu menyebutkan calon hanya wakil parti tetapi bagi orang seperti Wan Musa, soal siapa calon di Manek Urai lebih utama daripada mengambil kira parti mana yang lebih Islam kerana ia lakon wayang lama yang diulang-ulang.

Soal sama ada memilih Islam (yang bagaikan dijadikan ganti nama parti Pas) atau BN yang didakwa oleh Pas sebagai sesat juga bukan ukuran sebenar, setelah UMNO dan BN menang beberapa kali termasuk pada tahun 1982 dan 2004.Mungkinkah Tuan Aziz dapat mewakili jiwa mereka dan memberikannya peluang bagi menterjemahkan kelak atau imej serban Mohd. Fauzi masih melambangkan nilai Islam sebenar dan setiap undi mereka tentunya lebih mahal daripada durian kunyit.

posting by: WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

Wednesday, July 8, 2009

PRK - Tidak perlu main taktik kotor di Manek Urai

WALAUPUN dibanjiri ribuan penyokong, proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.Sudah sah, calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat akan ditentang calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 14 Julai ini.Namun, di sebalik proses penamaan calon yang berjalan lancar itu, ia bukan satu jaminan bahawa kempen yang bakal digerakkan adalah kempen yang bersih dan gentlemen. Ini terbukti apabila Pas tanpa berlengah lagi mula bermain taktik kotor dengan menyerang peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.Tanpa rasa bersalah, Pas menuduh Mustapa menyekat bantuan kewangan Kerajaan Pusat untuk Kelantan sedangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah banyak membantu pembangunan Kelantan.Faktor jasa Mustapa selama ini sebenarnya yang menggerunkan Pas sehingga memaksa mereka melakukan 'serangan' seawal minit pertama dengan harapan pengundi akan terpedaya.


Ada juga kemungkinan Pas cuba mengalihkan tumpuan pengundi daripada krisis kepimpinan dalam parti itu kepada isu-isu lain dan serangan peribadi sering menjadi pilihan pemimpin parti tersebut.Ketiadaan Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa pada hari penamaan calon kelmarin memberikan bayangan bahawa krisis kepimpinan Pas sebenarnya masih belum selesai.Dengan peluang untuk menang yang seimbang dan faktor pengundi yang semakin rasional, Pas melihat mereka perlu bertindak awal untuk menjejaskan reputasi dan imej BN.
Pas menyedari bahawa rekod kemenangan masa lalu bukan jaminan kemenangan pada pilihan raya kali ini.Namun, sebagai sebuah parti yang matang dan mendakwa berteraskan Islam, Pas sewajarnya sudah tidak mengaplikasi lagi kaedah serangan peribadi dalam mana-mana kempen pilihan raya.Masih ada banyak isu atau perkara yang boleh diketengahkan supaya pengundi membuat penilaian mereka dan menentukan calon yang bakal diundi nanti.Jika benar Pas sudah banyak membangunkan Kelantan dan memajukan rakyatnya, tidak seharusnya mereka gusar dengan apa juga kempen BN.

Uar-uarkan apa sahaja yang telah dan akan mereka lakukan untuk pengundi Manek Urai, kemudian biarkan pengundi menentukannya.Bagi BN, inilah masanya untuk merapatkan barisan dan memastikan jentera parti bergerak mengikut apa yang rencanakan oleh pemimpin tertinggi.Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN boleh melakukan kejutan di Manek Urai perlu disusuli dengan kerja keras oleh semua ahli BN khususnya UMNO.Muhyiddin tentunya tidak bercakap kosong tetapi atas asas dan keyakinan bahawa BN memang berupaya melakukannya dan membawa sinar baru kepada negeri Kelantan.

Jadikanlah pilihan raya kecil Manek Urai ini sebagai pilihan raya contoh dengan kempen yang bersih, berhemah dan sihat atas dasar mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Posting by: Utusan

Tuesday, July 7, 2009

PRK Manik Urai- Pemuda Tanjong Giat berkempen

7 Jul - Manik Urai, Pemuda Tanjong kini semakin giat menjalankan kempen seperti mana yang telah di amanahkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO pusat. Kempen pada hari ini dimulakan dengan kempen dari rumah ke rumah, di mana Saudara Faisal dan Ismail telah bertemu dengan seorang penduduk kampung iaitu Che Azmi Che Osman, beliau berusia 50 thn merupakan penduduk kampung laloh. Menurut beliau keadaan kehidupan mereka disitu amat susah sejak PAS memerintah. Tiada bantuan yang di salurkan kepada beliau yang tidak mampu melakukan kerja-kerja berat sejak mengalami sakit. Beliau mempunyai 6 orang anak dan beliau hanya menyara kehidupan mereka dengan melakukan kerja-kerja kampung dan bertunjangkan pendapatan dari Jabatan Kebajikan sebanyak RM100.00 sebulan. Menurut beliau lagi kali ini beliau akan memastikan pilihan yang akan di lakukan adalah memilih pemimpin BN yang di lihat mampu menjadi suara dengan membantu penduduk-penduduk miskin.

Menurut seorang lagi penduduk yang di temui oleh wakil pemuda adalah En. Shafie Mohamad yang berusia 85 tahun dan merupakan salah seorang penduduk lama di kampung Laloh. Menurut beliau PRK kali ini akan menjadi sejarah kepada beliau di mana sepanjang hidup beliau, tidak pernah sekali pun beliau mengundi UMNO. Namun kali ini peluang tidak akan di lepaskan beliau untuk mengundi calon UMNO/BN memandangkan usia beliau yang semakin lanjut. Menrut beliau lagi, kekesalan mula terpancul apabila hasrat murni YAB Datuk Seri Najib menerima untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di tolak oleh pemimpin PAS, kata beliau, adakah ini yang di namakan Parti Islam, apabila sesama islam mengajak duduk berbincang demi kepentingan orang melayu di tolak sama sekali oleh seorang yang bergelar ulama. Harapan beliau juga adalah dengan memastikan Manik urai akan di pimpin oleh calon UMNO/BN begitu berkobar walaupun usia semakin lanjut beliau berkata, satu hari nanti beliau ingin melihat Manik Urai khususnya dan Kelantan amnya membangun seperti negeri-negeri lain.Pada sebelah petang pula Saudara Faisal wakil Pemuda Tanjong telah mengetuai bacaan tahlil di rumah Hjh Teliah Jusoh salah seorang penduduk disitu. Majlis itu di mulakan dengan upacara menyembelih ayam bersama penduduk-penduduk kampung laloh. Selamat berjaya Pemuda Tanjong.
























Posting by: Ismail Mustafa

Buktikan Ketua Menteri bukan setakat pandai jaja air liur

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa segan-silu mengakui kerajaannya tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala. Setiausaha Agung DAP itu mendakwa jika hendak dilakukan juga, tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri.Jadi penyelesaian mudahnya - beliau akan menulis surat kepada Perdana Menteri meminta Kerajaan Persekutuan pula yang mengambil alih tanah kampung itu daripada pemaju.

Guan Eng tidak ambil kisah siapa yang memerintah Pulau Pinang sekarang. Tidak peduli soal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dia lupa bahawa pembangkang yang menabur janji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala sebelum mendapat kuasa memerintah negeri! Alasannya untuk mewajarkan bantuan kerajaan Persekutuan kini - kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu yang mencetuskan kontroversi itu! Dalam hal ini, tidak sukar membaca muslihat Guan Eng memohon bantuan Pusat secara terbuka untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala!

Tabiatnya sejak memimpin kerajaan pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 bulan lalu tidak habis-habis menyelongkar kelemahan kerajaan negeri terdahulu. Sehingga kini belum ada satu pun pencapaian atau kejayaan yang boleh dibanggakan. Hakikatnya, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Guan Eng berhadapan dengan krisis kredibiliti! Sekiranya Kerajaan Pusat campur tangan dan berjaya menyelesaikan isu Kampung Buah Pala, sudah tentu beliau akan mendabik dada sebagai orang yang membawa perkara itu ke pengetahuan Perdana Menteri. Sebaliknya jika isu itu gagal diselesaikan sedangkan Pusat setuju membantu - Guan Eng sudah menolak beban tersebut ke bahu BN.

Justeru reaksi Perdana Menteri yang mahu Guan Eng menyelesaikan sendiri isu Kampung Buah Pala amat tepat sekali. Isu tanah di Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan Kerajaan Persekutuan. Guan Eng perlu menghadapi realiti dan mencari jalan menyelesaikan masalah di negeri yang dipimpinnya! Memang benar kerajaan negeri sebelumnya telah memberi kebenaran kepada pemaju untuk membina pangsapuri di situ. Tetapi DAP selaku parti pembangkang pada masa itu yang menyokong tindakan penduduk membantah projek dan mempertahankan Kampung Buah Pala. Kini setelah menjadi pemerintah, sudah sewajarnya DAP meneruskan komitmen tersebut dan menunaikan janji membantu mereka!

Alasan Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang menuntut bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala kerana didakwa sebagai pencetus kontroversi itu sebenarnya tidak relevan lagi.Persoalannya siapakah yang duduk di kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang? Tidak ada maknanya jika pembangkang khususnya DAP menghentam gaya kepimpinan Tsu Koon tetapi pada masa yang sama, mengharapkan bekas Ketua Menteri itu menyelesaikan masalah bagi pihak kerajaan negeri sekarang! Guan Eng perlu menghentikan tabiat menolak kesalahan kepada kerajaan negeri terdahulu! Sebulan dua memerintah mungkin rakyat boleh menerimanya tetapi tidaklah setelah 16 bulan berkuasa!

Prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri pimpinan Guan Eng sepatutnya tidak terbatas dalam mengungkit dan menyelongkar kelemahan kerajaan terdahulu semata-mata.Tabiat menuding jari kepada orang lain lambat-laun akan menyerlahkan kelemahan sendiri. Guan Eng perlu buktikan yang pembangkang bukan setakat pandai menjaja air liur!
sumber: Utusan Malaysia

Monday, July 6, 2009

PRK- Manik Urai, Pemuda Tanjong Bertemu Masyarakat Setempat


6 Jul - Manik urai, Pemuda UMNO Tanjong yang di wakili oleh Saudara Faisal Inwar Badaruddin dan Saudara Ismail Mustafa kini sudah mula digerakan untuk bertemu dengan penduduk kampung Laloh bagi memastikan pengundi di sini memlih wakil UMNO/BN Tuan Aziz sebagai wakil kepada penduduk di sini. Gerakan mendekati pengundi di lakukan selepas di beri taklimat oleh Datuk Zahid Hamidi Menteri Pertahanan yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang dan Datuk Zainal Abidin Osman, Ahli Majlis tertingi UMNO merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.Taklimat yang di berikan adalah untuk memastikan pemuda tanjong bersedia untuk berdepan segala rintangan yang bakal di hadapi sepanjang berkempen dari rumah ke rumah. Di ucapkan selamat berjaya kepada pemuda tanjong dalam membantu calon UMNO/BN memperoleh kemenangan.















Retorik 'membangun bersama Islam'

PADA Pilihan Raya Umum 1990, rakyat dipujuk untuk menukar kerajaan negeri Kelantan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pas supaya negeri itu "membangun bersama Islam". Rakyat Kelantan akhirnya setuju menukar kerajaan. Oleh itu, BN tewas pada PRU tersebut. Pas pula memerintah Kelantan hingga ke hari ini.Mandat itu diberikan kerana manifesto "membangun bersama Islam" yang bererti Pas akan membangunkan Kelantan selaras dengan prinsip dan tuntutan Islam. Agama suci itu sememangnya menggalakkan ekonomi umat, keluarga dan negara atau negeri diperkasakan.Ini juga kerana satu daripada prinsip utama politik Islam adalah mengenai keadilan sosial yang perlu diwujudkan menerusi sistem sosial dan ekonomi Islam. Rakyat Kelantan melakukan perubahan itu kerana Islam mempunyai prinsip-prinsip pembangunan ekonomi dan masyarakat seperti yang ditentukan oleh al-Quran dan diperjelaskan lagi oleh para sarjana termasuklah Abu Yusof, Tusi, Ibn Taimiya dan Ibn Khaldun yang diiktiraf secara universal sebagai Bapa Sains Sosial.Antara lain, Ibn Taimiya menitikberatkan aspek tanggungjawab negara (pemerintah) untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Tusi memfokus kepada kebajikan masyarakat. Ibn Khaldun pula menghuraikan pertalian antara faktor-faktor ekonomi, politik, sosial, etika dan pendidikan.

Ini bermakna pertukaran kerajaan BN kepada Pas di Kelantan pada 1990 adalah kerana rakyat mengharapkan "pembangunan ekonomi Kelantan secara Islam akan menjadi agenda penting kerajaan Pas". Saya jadi rakan kongsi Pas atas prinsip "menang-menang" sejak 2004. Pada PRU 11 pada tahun itu, saya tanding kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, kerana saya dipecat oleh UMNO.Saya tewas. Tetapi Pas mempertahankan negeri Kelantan dengan majoriti dua kerusi DUN sahaja. Waktu itu Pas gelar saya "Khalid Ibn Walid". Jika saya tidak jadi rakan kongsi mereka, tentu lain kesudahannya. Pada PRU 12 pada 2008, saya sekali lagi teruskan perkongsian dengan Pas atas dasar memang-menang. Pas berikan saya laluan untuk bertanding. Saya menang. Dan Pas pula menang dengan majoriti lebih besar. Tetapi demi rakyat Kelantan, dan dengan rasa hati yang amat berat, saya terpaksa tegaskan, bahawa manifesto Pas pada PRU 1990 itu masih belum jadi kenyataan. Sikap berterus-terang dan lantang ini saya hayati sejak menjadi pemimpin pelajar pada pertengahan 1970-an. Sebab itu yang benar saya katakan benar dan yang sebaliknya tetap saya tegur demi kebaikan rakyat.

Walaupun hampir 20 tahun berlalu, janji Pas untuk membolehkan rakyat dan negeri Kelantan "membangun bersama Islam" masih dinanti-nantikan. Sepanjang tempoh itu, majoriti hasil Kelantan bergantung kepada tanah, balak dan lombong. Hasil perindustrian yang besar hanya sekadar impian. Contohnya, kerajaan negeri menjangka hasil sebanyak RM401 juta menerusi Belanjawan 2008. Perbelanjaan mengurusnya pula melebihi perolehan hasil, iaitu sebanyak RM424.73 juta. Ini bermakna ia adalah belanjawan defisit. Anggaran hasil bagi 2008 sebanyak RM401 juta itu, majoritinya daripada hasil tanah dan perhutanan. Hasil tanah sebanyak RM166.68 juta atau 41.57 peratus, dan hasil perhutanan sebanyak RM90.97 juta atau 22.69 peratus daripada jumlah seluruhnya. Lain-lain sumber hasil adalah daripada penjualan batu kuari, fee Mahkamah Syariah, fee untuk Laporan Cadangan Pemajuan di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, serta pungutan fee pendaftaran nikah melalui e-nikah. Ini bermakna kerajaan negeri hanya bergantung sepenuhnya kepada tanah, hutan, batu kuari, Mahkamah Syariah dan pernikahan rakyatnya untuk mendapatkan hasil negeri. Kedudukan kewangan seperti ini sebenarnya sangat mengecewakan rakyat Kelantan kerana hasil sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Kedua BSKL pun lebih besar daripada itu.Jika ramai rakyat Kelantan tidak bayar cukai tanah, kayu balak makin pupus, batu kuari tidak ada pembeli, kes-kes Mahkamah Syariah berkurangan dan pernikahan juga kian merosot, maka akan kosonglah kocek kerajaan negeri.

Sekiranya Kerajaan Pusat memberhentikan terus pembiayaan projek-projek pembangunan di Kelantan yang bernilai berbilion ringgit, rakyat negeri berkenaan pasti hanya mampu menghisap jari kerana kempunan. Hakikatnya ia tidak harus berlaku. Kerajaan negeri sepatutnya memajukan sektor perindustrian. Tetapi, mengapakah ia gagal dilakukan? Kenapa kilang-kilang yang sedia ada memberhentikan operasinya? Ekonomi Kelantan sepatutnya sudah menjadi lebih kukuh daripada sewaktu pemerintahan BN. Di Kelantan ada banyak pantai yang indah dan menarik. Ada air terjun dan ada gua. Sungai Kelantan pun patut penuh dengan restoran terapung seperti di Sungai Nil di Mesir. Anehnya, mengapakah potensi pelancongan seperti ini tidak dibangunkan? Kenapa tidak dieksploitasi wang pelabur dari dunia Islam? Tempoh 20 tahun adalah terlalu lama untuk berdepan dengan kegagalan! Beribu-ribu anak Kelantan telah lulus universiti, menjadi tenaga professional dan warga korporat di luar Kelantan. Sumber intelek dan tenaga insan seperti ini juga mengapa tidak digembleng untuk membangunkan negeri?

Kelantan mempunyai beraneka jenis kuih- muih yang unik dan lazat. Ada jala emas, ada tahi itik, ada akuk dan lain-lainnya. Ini pun tidak mampu untuk dikomersialkan? Begitu juga Kelantan mempunyai budaya yang tersohor. Ada mak yong dan menora. Ada dikir barat, ada wayang kulit. Ini semua tidak boleh dijadikan sumber pendapatan negeri? Kelantan cukup masyhur dengan kraf, batik dan songket. Itu pun tidak mampu untuk diperkasakan oleh kerajaan Pas? Kalau ini semua sukar untuk dilaksanakan, industri serban, kopiah dan jubah seperti dibangunkan oleh masyarakat Islam di China, pun susah untuk dimajukan?

Kerajaan Kelantan sepatutnya sudah menganjurkan seminar untuk menarik pelaburan negara-negara Islam. Kerajaan negeri juga sepatutnya sudah menganjurkan misi perdagangan ke Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Iran dan lain-lain negara di Asia Barat. Namun semua ini hanya tinggal harapan. Ia belum jadi kenyataan. Malangnya bila rakyat bersuara, kerajaan negeri mula menuding ke arah kerajaan pusat sebagai punca kegagalannya. Berdasarkan seluruh hakikat di atas, rakyat Kelantan perlu berani bangkit dan mempersoalkan kegagalan Pas dalam melaksanakan manifesto "membangun bersama Islam" yang dijanjikan pada 1990. Tindakan ini diizinkan oleh Islam.

Kerajaan Kelantan perlu menjelaskan kepada rakyat, apakah punca yang menggagalkan pelaksanaan manifesto itu.Saya memang menghuraikan seluruh perkara di atas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Pilihan raya kecil itu adalah pentas terbaik untuk rakyat memulakan gerakan mengaudit kerajaan Kelantan yang gagal melaksanakan manifesto itu. Rakyat perlu insaf, pembangunan bukan setakat mengharamkan kedai empat nombor ekor. Pembangunan bukan hanya membuka pasar raya besar. Pembangunan bererti mampu menjana peluang pekerjaan yang besar untuk rakyat. Oleh itu, isu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu mengatasi seluruh retorik politik dalam kempen di Manek Urai.

Pihak BN perlu menggunakan isu-isu ini sebagai "serangan ke tahap maksimum". Jangan asyik bersikap defensif dan akhirnya terjebak dengan retorik Pas. Jika BN juga masih belum mengotakan apa-apa janji, tunaikan segera sebagai bukti BN bersikap budiman dan tetap mengotakan janjinya. Pas pula perlu menggunakan Manek Urai sebagai pentas utama untuk memberitahu rakyat mengapakah ia gagal melaksanakan manifesto PRU 1990. Pas jangan asyik salahkan pihak lain. Jangan enggan bermuhasabah diri. Jangan marah bila ditegur. Dan janganlah pihak yang menegur secara ikhlas pula didesak untuk meletak jawatan atau keluar parti. Para pengundi Manek Urai akan berkesempatan menilai parti manakah yang mampu menunaikan janji dan mampu pula membawa pembangunan. Menerusi kaedah ini, calon yang wajar diberikan sokongan dan kemenangan hendaklah dikaji daripada sudut kemampuan partinya untuk membawa pembangunan fizikal kepada rakyat. Rakyat Kelantan perlu bertindak sekarang. Kalau dalam PRU 12, rakyat bertindak menyedarkan BN supaya jangan asyik terlena, di Manek Urai kita sedarkan Pas bahawa mandat rakyat jangan dipersia-siakan. Tindakan ini perlu terutamanya bila situasi mutakhir ini menyaksikan agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu sedang diganggu-gugat oleh sesetengah pihak. Rakyat perlu diberitahu dan dididik untuk memilih kail, bukannya ikan.

Akhir sekali, rakyat perlu insaf bahawa Kelantan boleh jadi maju jika pemimpin Pas bersikap berani, jujur dan penuh kreativiti.

Sejak 20 tahun lalu, semuanya hanya retorik bukannya realiti. Bertindaklah sekarang demi kemajuan bersama!

Posting by: DATUK IBRAHIM ALI, Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan dan
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

UMNO perlu lakukan kejutan di Manek Urai

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini merupakan siri pilihan raya kecil ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12). Kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob yang mewakili Pas pada 22 Mei lalu menyebabkan PRK tersebut terpaksa diadakan. Penamaan calon diadakan hari ini dan ia bermakna, parti-parti yang bertanding hanya mempunyai lapan hari untuk berkempen sebelum tarikh pengundian. Persaingan sengit dijangka berlaku antara dua parti yang secara tradisinya bersaing untuk mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu iaitu UMNO dan Pas. Bagaimanapun mungkin ada calon-calon bebas yang cuba menawarkan diri bertanding seperti di Bukit Gantang pada 7 April lalu yang menyaksikan persaingan tiga penjuru antara UMNO, Pas dan bebas.

Bagaimanapun bagi Manek Urai, sekiranya ada calon bebas yang menawarkan diri, ia bukan sahaja dilihat sebagai tidak relevan, malah tidak mampu untuk memberi saingan pada UMNO dan Pas. Hampir pasti calon bebas itu akan hilang wang pertaruhan! Persaingan UMNO dan Pas pada pilihan raya kecil di Manek Urai ini dijangka menarik perhatian ramai khususnya penganalisis politik, kumpulan pemikir dan jentera kempen kedua-dua parti untuk melakukan "bedah siasat" selepas keputusannya diketahui nanti sebagai persediaan menghadapi PRU 13.

Manek Urai merupakan kubu kuat Pas sejak sekian lama. Mengikut rekod, Pas tidak pernah kalah kecuali pada PRU 11 iaitu pada 2004. Ketika itu Ismail atau lebih dikenali sebagai Paksu Will, wakil Pas di kerusi DUN itu sejak 1986, tidak terpilih sebagai calon dan digantikan oleh Mohd Zamzuri Mat Lazim yang tewas di tangan wakil UMNO, Zulkepli Omar dengan majoriti 53 undi. Pada PRU 2008, Pas menang bergaya dengan pertambahan majoriti 1,352 undi apabila Paksu Will bertanding semula.

Keputusan Manek Urai pada 14 Julai nanti mampu beberapa petunjuk penting antaranya:-

1. Sokongan majoriti pengundi Melayu.

Jumlah pengundi keseluruhannya ialah 12,292 dengan pecahan pengundi mengikut kaum iaitu Melayu terdiri daripada 99.3 peratus; Cina (0.4 peratus), India (0.2 peratus) dan kaum lain sebanyak 0.1 peratus. Keputusan PRK ini mampu memberi satu gambaran jelas antara dua parti dominan utama orang Melayu iaitu UMNO dan Pas, parti manakah yang mampu menarik sokongan majoriti orang Melayu. Walaupun berdasarkan rekod, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat Pas tetapi tidak mustahil UMNO mampu membuat kejutan seperti mana yang berlaku sewaktu PRK 2005 di DUN Pengkalan Pasir. Harus diingat PRK tidak sama dengan PRU apabila ia akan menjadi tumpuan seluruh pelosok negara terutamanya kerja keras di dalam memenangi hati pengundi daripada kedua-dua jentera parti yang bertanding.

2. Kerajaan perpaduan dan konsep Satu Malaysia.

Isu kerajaan perpaduan itu dicanangkan oleh Presiden Pas dan mendapat maklum balas positif dengan sikap keterbukaan UMNO khasnya Presidennya yang juga Perdana Menteri. Namun akhirnya ia mengecewakan ramai orang Melayu apabila kenyataan media pada 22 Jun lalu oleh ketua pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara jelas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan. Bagaimanapun, isu ini harus dimainkan dengan cara yang sewajarnya oleh UMNO. Parti itu perlu meyakinkan majoriti pengundi tentang kepentingan kerajaan perpaduan dan memberi penjelasan tentang konsep Satu Malaysia: "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan sejelas-jelasnya. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil UMNO mampu membuat kejutan dengan memenangi kerusi DUN Manek Urai. Sekiranya keputusan PRK ini memihak kepada UMNO, maka kesimpulan daripada terjemahan undi di kawasan itu menunjukkan majoriti orang Melayu menyokong idea kerajaan perpaduan. Mereka juga mendokong konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri tersebut.

3. Pengundi baru

PRK Dun Manek Urai menyaksikan kira- kira 20 peratus daripada jumlah yang layak mengundi iaitu hampir 3,000 orang adalah pengundi baru.Sokongan majoriti pengundi baru ini adalah faktor penting penentu kemenangan parti yang bertanding. Jika dilihat daripada rekod PRU Manek Urai pada 2004 dan 2008, kemenangan calon masing masing dengan majoriti 53 undi dan 1,352 undi sahaja. Pihak yang mampu mempengaruhi pola pengundi baru akan mampu beroleh kemenangan . Keputusan di Manek Urai diharap dapat membantu UMNO dan Pas mencorak dan membuat pengubahsuaian terhadap strategi masing-masing untuk gerak kerja dan gerak gempur parti bagi menghadapi PRU13. Meskipun tempoh dianggap masih panjang tetapi pertambahan pengundi di saluran 3 iaitu pengundi muda atau pengundi yang pertama kali layak mengundi akan secara jelas mempengaruhi pola pengundian dan menjadi faktor penentu kejayaan. Oleh itu jentera parti perlu mempergiatkan lagi usaha menawan hati pengundi tanpa perlu menunggu tarikh pembubaran Dewan Rakyat. Mulakan sewaktu persediaan di Manek Urai ini.
Posting by: NADZIR AWANG AHMAD

Sunday, July 5, 2009

Bahang politik dari Utara - PULAU PINANG

KALAU hubungan antara DAP dan Pas sering tegang dan bertelagah di antara satu sama lain, maka ia dapat difahami kerana kedua-duanya mempunyai fahaman yang sama sekali bertentangan. Pas mendokong negara Islam sementara DAP penganut sekularisme.
Tetapi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, hubungan tegang seperti itu tidak wajar berlaku. Ini kerana kedua-dua DAP dan PKR mendokong sekularisme.

Justeru dalam pilihan raya umum tahun 2008, walaupun DAP tidak menyertai pakatan parti yang dinamakan sebagai Barisan Alternatif (BA) terdiri daripada Pas dan DAP, tetapi hubungan rasmi sebagai parti bersekutu wujud antara PKR dan DAP, sesuatu keadaan yang tidak ditentang oleh Pas. Namun dari segi praktisnya, ketiga-tiga parti tersebut, PKR, DAP dan Pas bekerjasama dalam pilihan raya itu.

Namun apabila pembangkang menang di Pulau Pinang, kerajaan campuran yang ditubuhkan membabitkan DAP dan PKR tetapi tidak Pas. Hanya apabila diumumkan penubuhan apa yang disebut sebagai Pakatan Rakyat, maka secara rasmi ketiga-tiga parti itu adalah anggota kerajaan campuran negeri Pulau Pinang.
Tetapi ketika pilihan raya, walaupun motif pengundi adalah pelbagai, tetapi secara rasminya, undi yang diterima DAP adalah sepenuhnya miliknya. Sementara apa yang diperoleh oleh PKR dan Pas adalah gabungan selaras dengan gagasan apa yang disebut sebagai BA itu.

Dominan

Kalau DAP dianggap sebagai parti Cina dan Pas adalah parti Melayu, PKR ditampilkan sebagai parti mewakili pelbagai kaum. Tetapi ia seharusnya merupakan parti yang anggota Melayunya adalah dominan. Ini kerana memandangkan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Melayu.
PKR hakikatnya merupakan gabungan Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), yang kedua-duanya dianggap parti yang anggota dominan adalah Melayu.
Dalam hal ini, PKN pula dianggap sebagai serpihan daripada UMNO. Maksudnya ia ditubuhkan bagi menampung ahli-ahli UMNO yang mengikut Anwar. Tetapi kemudian banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang aktivisnya bukan Melayu menyertai PKN. Setelah berlaku perpecahan dengan sebahagian daripada anggotanya menyeberang ke Pas, maka akhirnya PKR sudah tidak menjadi parti yang anggota Melayunya dominan.
Keadaan ini mula ketara apabila berlaku rundingan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya umum apabila DAP dan PKR dari kalangan ahli Cina bersaing untuk berebut kawasan majoriti Cina. DAP mula merasakan PKR sebagai pesaingnya.
Selepas pilihan raya umum 2008, PKR banyak ahli-ahli baru dan dipercayai bahawa kini majoriti ahlinya adalah bukan Melayu. PKR sudah tidak menjadi parti berbentuk dominan Melayu. Malah para pemerhati menyebut bahawa PKR akan menjadi Gerakan di mana pada satu masa dahulu pernah dipimpin dan disertai oleh orang Melayu tetapi akhirnya menjadi parti Cina.
Namun begitu di kawasan Melayu di Pulau Pinang, khususnya di Seberang Perai, terutamanya Permatang Pauh, termasuk Penanti, PKR, dan sebelumnya PKN dipandang sebagai parti serpihan UMNO. Itu juga pandangan banyak orang Pas di situ. Oleh kerana Pas sudah lama berjuang menentang UMNO sejak dahulu lagi, maka kemunculan PKN dan kemudiannya PKR ini, dinilai mengikut perangai orang yang dikenali itu.

Sebab itu semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti, terdapat perasaan tidak selesa di kalangan orang Pas terhadap PKR. Sejak penubuhan kerajaan negeri pimpinan DAP, orang Pas melihat gelagat pemimpin PKR sebagai tidak ubah seperti orang UMNO.
Apa yang dilihat sebagai ‘perangai UMNO’ yang merujuk kepada hubungan seseorang ahli politik dengan peluang memperoleh wang melalui kuasa bukan saja diperhatikan oleh Pas tetapi juga DAP.

Maka akhirnya pergeseran berlaku juga antara DAP dengan PKR melalui krisis ahli majlis tempatan. Syak wasangka di pihak kerajaan pimpinan DAP terhadap PKR mendorong mereka untuk tidak melantik kalangan ahli politik PKR bagi majlis tempatan. Tentu ini menimbulkan rasa tidak senang di pihak PKR.
Apa yang berlaku antara DAP dan PKR menunjukkan pertembungan yang bukan berbentuk fahaman tetapi lebih kepada pendekatan dalam amalan menggunakan kuasa.
DAP mempunyai sikap yang dianggap berprinsip dalam soal bersih, telus, akauntabiliti dan berlandaskan merit. Sedangkan PKR lebih bersifat pragmatik. Sebagai parti yang boleh dikatakan serpihan UMNO tentu mempunyai pengalaman bagaimana menggunakan kuasa untuk mencapai sesuatu matlamat. Maka di sini pasti berlaku pertembungan khususnya di Pulau Pinang.

Kalau dilihat dari sudut kaum, ia merupakan pertembungan antara DAP yang Cina dan PKR yang Melayu. Tetapi bukan saja DAP yang tidak menyenangi cara PKR. Begitu juga dengan Pas di negeri itu. Dalam hal ini, DAP dan Pas lebih dapat bekerjasama kerana mereka sudah lama menjadi pembangkang yang bekerjasama, sedangkan PKR adalah parti yang baru muncul. Mungkin isu ahli majlis tempatan ini tidak akan membawa hingga kepada perpecahan kerajaan campuran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi pergeseran yang berpanjangan itu pasti mengganggu dan mengurangkan kewibawaan DAP, Pas dan PKR sebagai pihak yang mampu menggantikan Barisan Nasional.
Namun begitu, kalau dilihat apa yang berlaku di Perak, jelas pergeseran antara PKR dan DAP akhirnya membawa kepada lompatnya dua ADUN PKR, yang merintis kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak.

Tetapi apa pun puncanya, ia menunjukkan kelemahan parti utama dalam sesebuah kerajaan negeri. Di Perak, kejatuhan kerajaan negeri itu boleh dikatakan berpunca daripada kelemahan DAP sebagai parti utama negeri itu untuk menyelesaikan pergeseran politik dalaman pakatan parti-parti pembangkang itu. Begitu juga di Kedah. Rasa tidak puas hati wakil DAP boleh dikatakan sebagai kegagalan Pas sebagai parti utama negeri itu mengelak ia daripada menjadi krisis.
Maka di Pulau Pinang, ia adalah kegagalan pucuk pimpinan negeri iaitu pihak DAP untuk mengelak daripada berlakunya krisis antaranya dengan PKR. Soal prinsip adalah satu perkara. Tetapi kemahiran berpolitik melampaui soal prinsip serta etika. Ia merupakan permainan licik yang memerlukan segala kebijaksanaan.
Posting by: ZIN MAHMUD

Aparteid dan Yahudi

Tidak habis-habis pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan provokatif liar. Terbaru Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau mendakwa, adanya perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera menyebabkan wujudnya amalan aparteid dalam pentadbiran negara ini.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina Batu Pahat, yang kemudian turut dilaporkan oleh akhbar Cina terbitan 30 Jun lalu.
Dakwaan itu bukan kali pertama keluar daripada mulut Cheng Hau. Tahun lalu, beliau pernah menyatakan amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera di negara ini menyamai dasar aparteid di Afrika Selatan suatu masa dahulu.
Walaupun dibantah oleh banyak pihak ketika beliau mengeluarkan kenyataan yang sama sebelum ini, ia tidak menghalang wakil rakyat DAP itu mengulanginya lagi.
Menyamakan konsep membantu bumiputera yang majoritinya masih ketinggalan dengan amalan aparteid adalah tidak berasas dan melampau.

Pemahamannya tentang maksud aparteid juga salah. Kalau mengikut dasar aparteid, orang Cina tidak boleh bergaul dengan orang Melayu seperti naik bas, ke sekolah, ke tandas dan ke tempat kerja. Bukan setakat itu, di Malaysia, perayaan kaum disambut bersama sehingga ada majlis khas untuk sambutan peringkat nasional kaum Cina. Maka Awang ingin menyatakan dengan terang dan jelas bahawa kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan buta realiti malah biadap.

Kadang-kadang Awang tertanya-tanya mengapa ada orang jenis ini dan yang sealiran pandangan dengannya boleh menjadi warga negara, elok sahaja berhijrah melalui kehidupan yang mereka inginkan di negara lain.

Membuat dakwaan itu kali pertama tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan dan mengulangi dakwaan yang sama kali ini, adalah bukti jelas bahawa negara ini tidak mengamalkan dasar aparteid. Melihat sekolah Cina yang tumbuh pesat sedangkan kaum itu cuma minoriti, satu lagi bukti tiada amalan aparteid. Mana ada negara dalam dunia yang bahasa ibunda kaum minoriti mendapat layanan begitu istimewa. Tidak usah pergi jauh, jengoklah realiti di Singapura selain Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, parti-parti Cina diketuai DAP menolak sistem pendidikan satu bahasa sedangkan ia dilaksanakan di seluruh dunia.

Dari segi kebebasan berpolitik, jika Cheng Hau menjadi pembangkang di Singapura, orang mulut celupar seperti beliau akan tertindas bagai singa bisu tanpa taring.

Malah kekayaan negara ini terus 'dijajah' oleh kaum Cina. Terlalu banyak petunjuk, bukan setakat kedai motosikal, kedai tayar bahkan kawasan komersial, rumah-rumah kedai serta pemilikan kebanyakan hartanah di seluruh negara adalah milik orang Cina. Hampir kesemua pekan dan bandar termasuk pusat membeli-belah dikuasai perniagaannya oleh kaum tersebut. Itu belum bercakap tentang senarai teratas individu terkaya yang sebahagiannya menikmati monopoli bidang bisnes tertentu atas pemberian kerajaan.

Pertumbuhan pesat akhbar Cina yang menikmati keuntungan besar hasil pendapatan iklan amat lumayan kerana sokongan masyarakat perniagaan kaum itu serta edaran naskhah yang tinggi, adalah antara petunjuk jelas kekayaan kaum Cina di semua peringkat.
Sedangkan di kalangan masyarakat Melayu, masih ramai yang tidak membeli akhbar antaranya kerana kesempitan hidup. Bukan itu sahaja, akhbar-akhbar Cina lebih menikmati kebebasan dalam laporan mereka sehingga kelihatan begitu rasis. Kebanyakan akhbar Cina juga mempunyai kecenderungan menyokong pembangkang terutama DAP dan PKR sehingga membawa aspirasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan realiti sejarah.
Usahawan Cina yang berniaga termasuk peniaga kedai di kampung-kampung Melayu di seluruh negara sejak merdeka lagi, tidak pernah diganggu. Mereka kaya kerana pasaran mereka ramai orang Melayu. Begitulah kebaikan dan kemurahan hati Melayu yang lama bernaung di bawah teraju kepimpinan UMNO terhadap kaum minoriti. Malangnya kini hakikat itu mahu dilupakan begitu sahaja.

Apakah ini semua boleh dianggap berlakunya dasar aparteid? Atau Cheng Hau tidak faham sejarah Afrika Selatan dan buta pula sejarah tanah air ini? Jika beliau menganggap dasar afirmatif membasmi kemiskinan semua kaum yang majoritinya adalah orang Melayu sama dengan dasar aparteid, ia jelas berniat jahat. Di Malaysia, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera tidak harus dipersoalkan. Lagipun, selama DEB dilaksanakan, kepentingan kaum lain tidak pernah diabaikan dengan kaum Cina terus menguasai ekonomi negara. Harta mereka tidak dirampas sebagaimana berlaku di Zimbabwe.
Maka Cheng Hau dan DAP tidak sepatutnya menimbulkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Jika beliau boleh membuat dakwaan, pihak lain juga termasuk Awang boleh membuat pelbagai dakwaan. Apa perasaan beliau, jika Awang nyatakan bahawa pemikirannya itu tidak ubah seperti percaturan Yahudi? Jika menerima pakai doktrin pemikiran Yahudi, golongan minoriti akhirnya mampu menguasai majoriti dengan melaksanakan strategi tersusun antaranya melenyapkan sejarah, mengawal ekonomi dan melemahkan umat Islam dengan banyak cara termasuk mahu mereka berpecah sepanjang masa. Sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang khususnya DAP yang dibantu oleh PKR pimpinan Anwar Ibrahim untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan. Lebih menyedihkan perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin Pas terutama Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya. Dalam laporan di akhbar yang sama, Cheng Hau turut menyatakan bahawa jika pakatan pembangkang memerintah, DAP memberi jaminan bahawa Pas tidak akan mampu menubuhkan negara Islam, walaupun Nik Aziz menjanjikannya. Mesejnya, DAP adalah dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu tidak tunduk kepada Pas termasuk dalam krisis terbaru pakatan pembangkang di Kedah.

Banyak lagi perkara yang Awang bimbang terutama institusi raja yang kini sentiasa diperlekehkan. Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa makna ini semua? Selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu. Belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah di ambang kejatuhan, bayangkan nasib Melayu nanti. Belum berkuasa mereka sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu. Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi.
Posting by: Awang

Saturday, July 4, 2009

PRK-Manik Urai harus di bangunkan


4 Julai- PRK Manik Urai yang akan berlangsung pada 14 Jul ini harus di jadikan landasan kepada UMNO untuk memenuhi janji kepada masyarakat di sana. Ini berikutan keadaan tempat di Manik Urai yang kebanyakkan ketingalan dari segi pembangunan. "Kami tidak mahu pembangunan seperti mana di Kuala Lumpur, ia cukuplah sekadar kemudahan biasa yang membolehkan kami penduduk disini nikmati" kata seorang penduduk yang di temui oleh wakil Pemuda Tanjong semasa menikmati minum petang sebaik tiba di kampung Laloh.

"Sejak PAS memerintah kami tidak dapat menikmati kemudahan yang baik dan kini kami telah bersedia untuk memenuhi tuntutan kami sebagai masyarakt di Manik Urai yang inginkan pembangunan. Kami tidak mahu tersilap lagi dengan helah pembangkang yang cakap tak serupa bikin. Kali ini kami akan memilih wakil UMNO iaitu Tuan Aziz Tuan Mat yang dilihat mampu bersuara demi penduduk setempat, Kata seorang lagi penduduk kampung Laloh.

Bagi Pemuda UMNO Tanjong kesempatan ini harus di ambil oleh Kepimpinan tertinggi UMNO untuk membantu rakyat di Manik Urai dalam memastikan calon UMNO/BN Tuan Aziz Tuan Mat mampu mencipta kejutan pada 14 Julai ini tatkala ramai pemerhati melihat PAS adalah pilihan di sini.

Pentadbiran DAP, PKR dan Pas lebih baik daripada BN?

KERANA 'masalah babi,' DAP mengisytihar keluar daripada kerajaan pakatan pembangkang negeri Kedah.

Kerana gagal menyelamatkan Kampung Buah Pala daripada diambil alih oleh pihak pemaju, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta letak jawatan dan balik ke Melaka.

Inilah senario kemelut politik pakatan pembangkang di utara tanah air.

Kini tidak boleh disembunyikan bahawa di Kedah, DAP dan Pas bergaduh kerana babi.

Di Pulau Pinang, hubungan antara DAP dan PKR sedang bergelora berikutan penyingkiran Johari Kassim, wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Orang Hindraf Pulau Pinang pun sudah marah dengan DAP. Yang peliknya, kira-kira 200 penduduk Kampung Buah Pala yang dikatakan anggota pertubuhan haram Hindraf itu boleh membuat pelbagai tuntutan.

Kini mula terdedah tembelang pakatan DAP, PKR dan Pas. Apa yang mereka janjikan semasa kempen pilihan raya umum 15 bulan lalu ibarat menabur janji kosong.

Pentadbiran negeri Kedah dan Pulau Pinang nampaknya tidak terurus dengan lancar. Kepincangan mula terserlah. Kerjasama untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) hanya cakap kosong.

Ini semua akibat kepura-puraan dan tiada keikhlasan sebenar dalam pakatan pembangkang. Imej pakatan pembangkang sebagai gabungan parti yang memperjuangkan untuk semua kaum hanya sedap didengar tetapi hakikatnya hala tujunya memeningkan kepala rakyat.

DAP, PKR dan Pas mempunyai impian yang berlainan. Dalam pilihan raya sebelum ini pun kita dapat melihat pakatan yang mengguna nama Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat berusaha untuk menunjukkan mereka boleh bersatu tetapi ternyata palsu.

Matlamat dan idealisme parti masing-masing jauh berbeza.

Sindrom menyalahkan pihak lain dan penafian keretakan berlaku dalam pakatan pembangkang bukan suatu yang baru.

Lihatlah gelagat Guan Eng menyalahkan kerajaan sebelum ini dan memberi amaran kepada pemaju yang mengarah penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan tanah di sana.

Kerajaan negeri BN sebelum ini pun banyak berhadapan dengan masalah membabitkan kampung setinggan tapi tidaklah sampai hendak ugut atau cari salah pihak lain.

DAP Kedah pula membelitkan kata-kata menggesa rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam kes pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya, Alor Setar, parti itu pula cuba membela pihak yang melanggar undang-undang.

Tindakan itu jelas mencerminkan sikap hipokrit para pemimpin politik pembangkang dalam menangani kemelut.

Unsur-unsur menyalahkan pihak lain akan jadi mainan pakatan pembangkang selagi pemimpin DAP, PKR dan Pas hanya menjaga kepentingan, kedudukan, pangkat dan status semata-mata.

Sebab itu jika diperhatikan, jalan mudah bagi gabungan pembangkang apabila tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat adalah dengan menyalahkan BN.

Menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu memang jalan paling mudah tetapi bukan bermakna pakatan pembangkang boleh melepaskan diri.

Kalau benar kerajaan BN buat silap, tidak mampukah kerajaan campuran pakatan pembangkang membetulkannya?

Posting By:- AZMAN ANUAR

Friday, July 3, 2009

Manik Urai; Anwar Ibrahim nak Jadi Jaguh...

Julai 3- Pilihanraya Kecil Manik Urai yang akan berlangsung kali ini akan cuba di jadikkan medan untuk parti pembangkang khususnya PKR yang di ketua oleh Anwar Ibrahim untuk cuba memburuk-burukkan kepimpinan UMNO yang di pimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presidennya. Isu yang akan di bangkitkan adalah berkaitan isu royalti minyak. Namun bagi pemuda umno tanjong cubaan itu hanyalah cubaan seorang yang di anggap sebagai gila kuasa yang cuba untuk memporak-perandakan kestabilan penduduk di Malaysia.
Pengundi di Manik Urai pastinya lebih berfikiran dan mempunyai otak dalam menentukan buruk dan baiknya sesuatu perkara. Jika di amati sejak kebelakangan ini, Pihak Pembangkang sudah kekeringan modal dan hanya cuba untuk menutup masalah yang berlaku di di dalam pakatan pembangkang. Namun pemuda umno tanjong sentiasa bersedia untuk berdepan Pembangkang dengan membantu calon-calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan di Manik Urai tercapai...
Posting by: cecamar kecil