Thursday, January 6, 2011

DAP SEMAKIN BIADAP DI PULAU PINANG

Laporan akhbar utusan Malaysia...

Balik India' - Bukti DAP parti rasis tulen, biadap

KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Pulau Pinang menganggap tindakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebagai bukti DAP sebuah parti rasis tulen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata.

''Perjuangan rasis itu juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

''UMNO Pulau Pinang kesal dengan kebiadaban seorang wakil rakyat yang bertindak seperti samseng dan keadaan amat berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat sentiasa didahulukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ungkapan "Tutup kedai, balik India," yang diluahkan Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

Zainal Abidin berkata, semua rakyat Malaysia ada hak masing-masing mengikut perlembagaan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan ungkapan seperti itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaan orang India Muslim tetapi juga hati seluruh kaum India di negara ini.

Katanya lagi, sebarang masalah perlu diselesaikan mengikut peraturan, bukannya bertindak seperti samseng yang tidak tahu undang-undang.

''Sebagai seorang wakil rakyat, Wei Aik seharusnya menjadi perantara rakyat dengan pihak berkuasa dan jika ada sebarang masalah sudah menjadi kewajipan dia untuk membantu bukan sebaliknya.

''Saya berharap pada masa akan datang jika ada sebarang masalah biarkan pihak berkuasa yang selesaikan tidak perlu campur tangan mana-mana pihak kerana ia hanya memburukkan keadaan,"ujarnya.

....Pemuda UMNO Tanjong memandang serius perkara yang di lakukan oleh Pemimpin DAP di Pulau Pinang ini. Beberapa bulan yang lalu DAP cuba menghalau peniaga2 melayu keluar dari ruang perniagaan di Komtar, kini meraka sudah berani untuk menganggu peniaga yang berniaga di tepi jalan untuk mencari rezeki... Apa perasaan Ng wei aik pulak kalau syed kassali pulak yang kata "letak jawatan dan balik China" sendiri mau ingat la apek.....

No comments:

Post a Comment