Monday, July 20, 2009

Persidangan Pemuda Tanjong Lancar

Persidangan Pemuda UMNO Tanjong yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu telah berlangsung dengan jayanya. Persidangan yang bermula pada jam 8.30pm itu di mulakan dengan bacaan doa oleh Pegerusi Biro Agama. Bagaimanapun acara perasmian hanya di langsungkan pada jam 9.45pm di sebabkan kelewatan tetamu kehormat. Proses pemilihan untuk wakil 2 pemuda ke persidangan pemuda Malaysia juga berjalan lancar apabila dari empat calon yang layak bertanding telah menyaksikan Saudara Haris yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pemuda dan Saudara Badrul Hisham AJK, berjaya menewaskan pencabar masing-masing.
Persidangan pemuda kali ini juga menyaksikan pemuda-pemuda di bawah kepimpinan Jeffri Salim, dengan lantang menyuarakan pendapat dan memberi idea-idea yang boleh menjadi pemangkin kepada perjalanan pergerakan ini. Ucapan penangguhan juga telah menyaksikan pemuda UMNO tanjong memang mempunyai speaker yang berbakat besar. Persidangan Pemuda Tanjong hanya berakhir pada jam 2.15pagi.

4 comments:

  1. Alhamdulillah dan tahniah di atas kejayaan manjalankan tanggungjawap sebagi ahli UMNO. Saya juga ingin mengucapkan syabas kpd Pemuda yang boleh bersuara memberikan pendapat dan kritikan agar ianya boleh membawakan perubahan ke arah positif demi perjuangan masa hadapan.

    Walau bagaimana pun izinkan saya membuat beberapa tguran -

    1. Mulakan Persidangan pada waktu lebih awal di lain tahun
    2. Perwakilan Pemuda perlu bersifat pro aktif dan tunggu sehingga ke ahlir persidangan. jangan lepas mengundi-terus angkat kaki (mungkin dah lewat sangat kot)
    3. Ketengahkan usul-usul membina demi perjuangan yang mana boleh memperbaiki keadaan sekarang.

    Walau bagaimana pun, TAHNIAH DAN SYABAS sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Saya ingin mengucapkan tahniah kpd Pemuda kerana berjaya mengadakan mesyuarat belah malam.Awat,takut ahli bantai ka.Satu lagi teguran kpd wakil Pemuda Cawangan masing2,beradab la sikit ,kot mai mesyuarat pakai seluar jean dan bukan baju pemuda.Protokol la sikit.Ketua cawangan tak prihatin ka.jgn la tangkap muat aje wakil pemuda cawangan sampai lepas undi semua belah macam tu tak payah mai la.Ketua Pemuda Bahagian tlg buat teguran kepada Ketua Cawangan supaya memilih wakil yang elok sikit.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    we must united & move forward....As Dato K.Bahagian said , election is over..no more 'merajuk'....We are loosing out...

    It is action plan...Must create strategy to strengthen our party....& attract rakyat to support BN

    All for one...one for all...


    ikhlas...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Pemuda Tanjong
    Daripada : Yazid ( Pdg Kota Lama )

    ReplyDelete