Monday, August 10, 2009

PRK Permatang Pasir- Cabaran Menanti UMNO/BN

Tanjong-10 Ogos: Pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia berkenanaan PRK Permatang Pasir menamatkan teka-teki banyak pihak. Penamaan calon pada 17 Ogos dan tarikh pengundian pada 25 Ogos ini boleh di gunakan sebaiknya oleh UMNO/BN untuk memastikan parti ini masih di terima oleh masyarakat. Hari pengundian yang akan berlangsung pada hari puasa yang ke-4 ini akan memberi cabaran kepada UMNO/BN dan tentu sekali akan menyukarkan pihak Pembangkang untuk menyerang UMNO dengan maki hamun kerana ia berlangsung dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.

Menurut Ketua Pemuda Tanjong kepada editor, Pemuda tanjong akan turun untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan kepada calon UMNO/BN yang akan di pilih kelak. " Saya akan pastikan pemuda tanjong akan turut berkempen dari rumah ke rumah tanpa rasa takut seperti mana yang berlaku pada Pilihanraya kecil permatang pauh di mana ahli UMNO ketika itu tidak berani untuk memakai baju atau topi yang berlambangkan UMNO akibat di ugut oleh penyokong dan pemimpin pembangkang. Keadaan di permatang pasir kali ini amat berlainan di mana rakyat pasti menilai kelemahan yang di miliki oleh Pakatan pembangkang". Kami telah mengerahkan barisan pemuda tanjong untuk berani kedepan menentang dakyah-dakyah yang di lemparkan oleh pembangkang semasa berkempen di permatang pauh nanti, ujar Jeffri Salim.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir di adakan ekoran kematian ADUN Permatang Pasir dari PAS, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat sakit Jantung.

Selamat berjuang kepada barisan Pemuda UMNO Tanjong!!!!!

No comments:

Post a Comment