Ketua Pemuda Jeffri Salim dan Naib Ketua Saudara Nizam
melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan yang
sedang menunggu untuk masuk ke feri

Jeffri bersama AJK Pemuda sedang melekatkan
bendera di kenderaan Polis yang mengiringi konvoi Jalur Gemilang

Tanjong, 15 Ogos - Pergerakkan Pemuda UMNO Tanjong di bawah kepimpinan Saudara Jeffri Salim telah melaksankan satu tanggungjawab dengan menganjurkan kempen kibarkan Jalur Gemilang untuk memberi kesedaran kepada penduduk di sekitar parlimen Tanjong. Program yang berlangsung selama 2 hari ini disertai oleh 120 orang peserta dan bermula di Marina Bay berdekatan dengan terminal Feri Sultan Abdul Halim dan di teruskan ke Flat PPR Jalan Zainal Abidin, Flat Jalan Kedah dan juga Balai Polis Central untuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat. Peserta konvoi kemudian berhenti di Masjid Simpang Enam untuk menunaikan solat zohor. Konvoi di mulakan dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna Feri dengan Jeffri Salim dan Saudara Nizam melekatkan Jalur gemilang di kenderaan yang sedang menunggu untuk masuk ke feri.
Ketika ini jam 3.30pm Konvoi Jalur Gemilang Pemuda UMNO Tanjong berhenti di Dewan Sri Pinang bersama dengan ahli-ahli UMNO bahagian tanjong mengikuti Program "Sembang-sembang Politik - Apa dah Jadi?" dengan Ahli Panelnya adalah Y.A.B Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan juga YB Datuk Seri Khir Toyo , bekas Menteri Besar Selangor dan juga merupakan Ketua Pembangkang DUN Selangor.
Peserta konvoi Jalur Gemilang akan meneruskan perjalanan ke Tabung Haji untuk menginap di sana bagi penamat program pada hari ini dengan pengisian program akan di jalankan di Tabung Haji. Peserta akan di persembahkan dengan tayangan video berkenaan sejarah kemerdekaan. Perjalanan peserta konvoi akan bersambung pada besok 16hb Ogos 2009, dan laporan seterusnya akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
Selamat berjaya Pemuda UMNO Tanjong!!!

No comments:
Post a Comment