Thursday, August 20, 2009

PRK- DUN N11 PERMATANG PASIR FITNAH,FITNAH,FITNAH

Permatang Pasir-20 Ogos, Pakatan Pembangkang yang menganjurkan kempen di sekitar DUN permatang Pasir terus melemparkan fitnah kepada Calon BN/UMNO supaya mendapat perhatian dari pengundi di DUN Permatang Pasir. Ceramah menjurus kepada kes penyelewangan yang di dakwa di lakukan oleh Calon BN tersebut. Pihak pembangkang juga membawa rakan kongsi Calon BN yang berceramah berkenaan penyelewangan. Dalam pemerhatian yang di lakukan oleh unit risikan BN, Pemimpin tertinggi Pembangkang terus menghentam calon BN adalah kerana penduduk di sekitar DUN Permatang Pasir kini sudah mula muak dengan dakyah dan penipuan yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat. Menurut seorang penduduk yang mengikuti ceramah yang di anjurkan oleh pembangkang, beliau sudah hilang kepercayaan kerana ceramah yang di lakukan oleh pembangkang selalunya berunsur hasutan. Jadi pihak BN harus melancarkan kembali serangan kepada pembangkang kerana penduduk disini kurang mempercayai pembangkang.

Selamat berjuang kepada BN dan UMNO!!!!!!

No comments:

Post a Comment