Thursday, September 3, 2009

PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID PEMUDA UMNO TANJONG

Ahli Pemuda Tanjong yang
menyertai Program
Program yang di jalankan di
Surau Flat Jalan Zainal Abidin

Penduduk setempat yang
turut sama menyertai
Majlis Bacaan Yasin
Kanak-kanak turut menyertai


Pemuda UMNO Tanjong di bawah kepimpinan Saudara Jeffri Salim terus giat menganjurkan pelbagai program bertujuan mendekatkan diri dengan pengundi melayu di sekitar Parlimen Tanjong. Di bawah Biro Agama Pemuda UMNO Tanjong yang di pengerusikan oleh Saudara Abdul Rahman Makhtun, Pemuda menjelajahi ke setiap pelusuk Masjid dan Surau yang terdapat di sekitar Parlimen Tanjong.

Menurut Abdul Rahman, program berterusan ini di jalankan pada setiap hari khamis malam jumaat di mulakan dengan solat Maghrib. Kepimpinan pemuda tanjong seterusnya akan bersama-sama dengan penduduk sekitar di mana program berlangsung memulakan majlis bacaan yasin.

Setelah selesai majlis bacaan yasin pemuda tanjong bersama penduduk setempat akan menunaikan solat isyak dan seterusnya berbincang berkenaan masalah setempat yang di hadapi. Menurut Saudara Abdul Rahman, dengan berlangsungnya program ini maka kepimpinan Pemuda Tanjong dapat menyelami masalah yang di hadapi oleh penduduk dan seterusnya memberi bantuan mengikut keperluan penduduk di sesuatu tempat yang di tujui. Program ini adalah salah satu dari pendekatan yang di gunakan bagi menarik sokongan masyarakat untuk terus bersama-sama dengan UMNO. Ia juga secara tidak langsung memberi peluang kepada Pemuda Tanjong untuk memberi penerangan berkenaan gagasan 1 Malaysia yang di laungkan oleh Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Setakat ini sambutan yang di terima oleh penduduk di sekitar Parlimen Tanjong amat memberangsangkan, dan program ini akan di teruskan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment