Wednesday, March 5, 2014


MELAYU KAN GAH D INUSANTARA



Assalammualaikum sahabat2.. buat pertama kalinya untuk tahun ini mencoret sesuatu untuk tatapan.. kebelakangan ini hak melayu seringkali dipertikai oleh pihak2 yg pada dasarnya pendatang di negara ini.. hanya segelintir bangsa melayu yg berjuang habis-habisan mempertahankan hak2 org melayu..seringkali kita betanya kenapa keadaan ini terjadi adakah kerajaan yg tidak tegas atau kita sendiri yg tidak mahu ambil tahu pasal sejarah.. atau perkara ini dianggap remeh.

 Tuan2 Sila baca petikan dibawah dan fahamilah isi kandungan untuk kita mengetahui apa yg dikatakan hak bangsa melayu dan kita..samalah kita perbetulkan yg salah dan pekemas yg sedia baik.

 Islam diutamakan Melayu diperkasakan..

 TANAH MELAYU.. INDAH NAMA MU.

 Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu. Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang German dan seterusnya. Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri ? Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk bangsa Melayu. Beberapa bulan yang lalu satu pasukan penyelidik Melayu berprofail tinggi mendedahkan asal usul bangsa Melayu. Antaranya kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik bangsa Cina dan India. Genetik Melayu berusia 60,000 – 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 – 45,000 tahun. Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai ‘ the Cradle of Human Civilazation’ yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu. Tidak berapa lama dahulu, Majalah 3 TV3 pula menyiarkan penemuan mercu tanda penting lagi bersejarah di Lembah Bujang Kedah oleh pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia yang diketuai sahabat sekolah saya Prof Mohtar Saidin. Di situ ditemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke2 sebelum Masihi. Jadi, sah sekali lagi bahawa bumi ini warisan bangsa Melayu lebih awal dari Angkor Wat atau Borobudur. Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu. Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil TANAH MELAYU sebagai warisan Melayu dan hak Melayu. Kita mahu dunia mengktiraf perkara ini sama seperti dunia iktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India. Ini adalah identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah addeenul Islam. Islam mengiktiraf pendirian ini dan menuntut umatnya mempasak berpendirian ini kekal sampai Hari Pengadilan. Di bumi mereka sendiri umat Islam mesti izzah dengan Islam dan keimanan tanpa kedayusan dan wajib berpegang dengan pendirian ini. Sebagaimana para sahabat salafussoleh dahulu izzah tanpa gentar walau berdepan raja kuffar, berjuang sehingga tidak ada fitnah di muka bumi. Islam adalah satu sistem bersepadu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu, Islam adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

 Encik Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden II ISMA

Thursday, January 27, 2011

BANTUAN KEBAKARAN DARI UMNO TANJONG

UMNO Tanjong sekali lagi meneruskan misi membantu mangsa kebakaran apabila memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada pemilik 5 kedai yg terlibat di dalam kebakaran awal pagi Ahad lalu. Kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi itu telah menyebabkan pemilik 5 kedai tersebut hilang mata pencarian.

Y.Bhg Dato' Ahmad Ibni Hajar selaku Ketua Umno Bahagian yang menyampaikan bantuan tersebut memberitahu akhbar, ini bukanlah bantuan yang pertama di berikan oleh UMNO dan BN tetapi telah beberapa kali membantu rakyat yang terlibat dalam kejadian sebegini. "kita tidak seperti pihak yang satu lagi itu, bagi RM100 pun nak heboh satu Malaysia" kata beliau secara sinis. "Kita juga membantu tidak kira fahaman politik dan juga kaum kerana kita hidup di dalam komuniti. Turut hadir ialah En. Oh Tong Keong Penyelaras Parlimen Tanjong dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bah. Tanjong Saudara Ahmad Nizam Nazri Hashim yang mewakili Jeffri Salim yang tidak dapat hadir kerana urusan penting.

Menurut salah seorang mangsa Cheah Siew Eng 61, beliau amat terharu dengan bantuan yang di berikan ini. " bantuan yang di berikan ini saya lihat penuh keikhlasan dengan genangan air mata".

DAP SEMAKIN RAKUS

Sejak kebelakangan ini Pemuda Tanjong melihat Kerajaan Negeri Di pimpinan DAP semakin rakus bertindak merobohkan gerai peniaga-peniaga yang tidak menyokong mereka. Yang terbaru berlaku di Batu Feringgh. Sebanyak 43 gerai peniaga di robohkan. Tindakan ini telah menyebabkan rakyat di Pulau Pinang semakin jelek dengan pimpinan LGE.

Namun persoalan yang timbul kini adalah mengapakah tindakan hanya di ambil di sesetengah tempat sahaja. Sikap.pilih bulu kerajaan negeri menimbulkan keraguan segelintir peniaga-peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan.

Apakah permainan politik yang cuba di tunjukkan olek kerajaan negeri... Pemuda Tanjong akan mendapatkan pandangan dari peniaga-peniaga yg tidak berpuas hati dengan sifat pilih bulu ini....

Thursday, January 6, 2011

DAP SEMAKIN BIADAP DI PULAU PINANG

Laporan akhbar utusan Malaysia...

Balik India' - Bukti DAP parti rasis tulen, biadap

KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Pulau Pinang menganggap tindakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebagai bukti DAP sebuah parti rasis tulen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata.

''Perjuangan rasis itu juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

''UMNO Pulau Pinang kesal dengan kebiadaban seorang wakil rakyat yang bertindak seperti samseng dan keadaan amat berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat sentiasa didahulukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ungkapan "Tutup kedai, balik India," yang diluahkan Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

Zainal Abidin berkata, semua rakyat Malaysia ada hak masing-masing mengikut perlembagaan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan ungkapan seperti itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaan orang India Muslim tetapi juga hati seluruh kaum India di negara ini.

Katanya lagi, sebarang masalah perlu diselesaikan mengikut peraturan, bukannya bertindak seperti samseng yang tidak tahu undang-undang.

''Sebagai seorang wakil rakyat, Wei Aik seharusnya menjadi perantara rakyat dengan pihak berkuasa dan jika ada sebarang masalah sudah menjadi kewajipan dia untuk membantu bukan sebaliknya.

''Saya berharap pada masa akan datang jika ada sebarang masalah biarkan pihak berkuasa yang selesaikan tidak perlu campur tangan mana-mana pihak kerana ia hanya memburukkan keadaan,"ujarnya.

....Pemuda UMNO Tanjong memandang serius perkara yang di lakukan oleh Pemimpin DAP di Pulau Pinang ini. Beberapa bulan yang lalu DAP cuba menghalau peniaga2 melayu keluar dari ruang perniagaan di Komtar, kini meraka sudah berani untuk menganggu peniaga yang berniaga di tepi jalan untuk mencari rezeki... Apa perasaan Ng wei aik pulak kalau syed kassali pulak yang kata "letak jawatan dan balik China" sendiri mau ingat la apek.....

Wednesday, September 22, 2010

ZIARAH RAMADHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA

Parlimen Tanjong adalah sebuah parlimen yang menjadi lubuk kepada semua parti politik yang berhasrat untuk menjadi pemimpin di kawasan yang di katakan mempunyai hasil kepada segala macam bentuk ekonomi. Walaupun ketika ini pemerintahan Kerajaan negeri Pulau Pinang di kuasai oleh DAP dan rakan sekutunya PKR dan PAS namun Barisan Nasional tidak langsung berdiam diri dalam mempergiatkan usaha demi membantu masyarakat di tanjong khususnya dan Pulau Pinang amnya.Bersempena dengan Ramadhan yang lalu, Penyelaras Parlimen Tanjong yang juga merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pemuda Gerakan Pusat Oh Tong Keong bersama Jeffri Salim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong bersama-sama menjayakan satu lawatan yang di beri nama " Ziarah Ramadhan" di sekitar Jalan Arrifin di Tanjong.

Program ini bertujuan menziarahi penduduk dan bertanya khabar sambil memberi sumbangan hari raya berupa hamper. Rata-rata penduduk yang di temui semasa program berlangsung begitu teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Oh Tong Keong dan Jeffri Salim yang sanggup meluangkan masa untuk bertemu mereka walau dalam kesibukan tugas harian. Walaupun penduduk di sekitar kawasan ini mempunyai pendapatan yang tetap dan mempunyai kemampuan untuk menyara keluarga, mereka tetap berbesar hati dengan kunjungan yang di lakukan.

Seorang penduduk Mastan 71 berkata, beliau rasa sungguh bertuah kerana menerima kunjungan dari pemimpin Barisan Nasional walaupun mereka tidak lagi memerintah kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan negeri (DAP) sekarang yang hanya datang untuk meraih undi ketika musim pilihanraya. Walaupun kunjungan ini bukan atas dasar politik, namun perkara ini harus di contohi dan di jadikan teladan oleh semua pemimpin parti politik agar rakyat dapat menilai mereka.

Menurut Oh Tong Keong, beliau akan terus bekerjasama dengan Jeffri Salim dan Pemuda UMNO Tanjong serta Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum. Ini adalah semangat yang di terapkan oleh Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. "kita juga akan meneruskan program-program kepada rakyat supaya kita dapat merampas kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 nanti.

Sementara itu Jeffri Salim pula berkata, Pemuda UMNO Tanjong tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Pemuda Gerakan Tanjong dan mengharapkan agar usaha ini dapat di teruskan. "Kita akan terus berkhidmat kepada rakyat selagi terdaya selaras dengan seruan Perdana Menteri 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan" Katanya lagi.

Bersahur di rumah keluarga 'miskin bandar'

Sempena dengan sambutan ramadhan tempoh hari Pemuda UMNO Tanjong telah melaksanakan program “Jom Sahur” ke rumah penduduk miskin di Flat Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin. Program yang di jalankan pada jam 2.30 pagi itu amat meberikan kesan dan dapat menceriakan mereka memandangkan pasangan suami isteri ini, yang mempunyai 10 orang anak di kala lembaran syawal semakin hampir tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan hanya berharap kepada bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang sebanyak RM 350.

Ketua Pemuda Tanjong, Jeffri Salim menegaskan bahawa, program ini di laksanakan sebagai tanggungjawab Pemuda UMNO Tanjong dalam memastikan kehidupan masyarakat di dalam Prlimen Tanjong terbela. Atas dasar itulah beliau merasakan perlunya mendekatkan diri dengan penduduk miskin Bandar seperti keluarga ini.

Bantuan yang di berikan adalah seperti beras,gula,milo,roti dan wang tunai. Sebelum bantuan di berikan, Jeffri bersama dengan jawatankuasa pemuda tanjong membawa bekalan bersahur untuk meraikan keluarga tersebut.

Ketibaan Pemuda Tanjong

Jeffri bertanya khabar

Masih terkejut

Anak-anak yang masih tidur

Bantuan yang di berikan kepada keluarga ini

Monday, August 23, 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA PEMUDA TANJONG

Ketua Pemuda Tanjong Saudara Jeffri Salim meraikan rakan-rakan kepimpinan Pemuda UMNO tanjong dan juga Ketua-ketua Pemuda Cawangan dalam satu jamuan berbuka puasa yang di anjurkan beliau di Hotel Cititel. Jamuan yang di anjurkan ini di lihat dapat mendekatkan beliau bersama rakan-rakan yang lain. Jamuan itu di adakan pada hari sabtu 21hb Ogos bermula dengan kehadiran rakan-rakan pada jam 6.30 ptg. Ia di susuli bacaan doa oleh Pengerusi Biro Agama, Saudara Rahman Makhtun. Jeffri juga berkata jamuan ini di harapkan dapat merapatkan ukhwah sesama ahli pemuda sempena keberkatan bulan Ramadhan.



Jamuan tersebut berakhir pada jam 10.00 malam.

Syahril dan Hafiz turut terlibat

Norman (Boya ) dan Helmi berselera menjamu selera

Mofetz Pengerusi Biro Sukan Dok bercerita kepada rakan2 pengalaman sebagai Ajk

Ismail dan Firdaus dok tengok gelagat rakan-rakan

Rahman,Alizon,Hariss dan Aznan Orang kuat Tanjong

KP tanjong Jeffri dan Hj Asrul dok dengar Masri cerita

Emmi Tedy, Azhar dan Aizat turut terlibat


Monday, May 10, 2010

SELAMAT BERSIDANG PEMUDA-PEMUDA CAWANGAN

Salam Bahagia... Ketua Pemuda Bahagian dan barisan Jawatankuasa ingin mengucapkan selamat bersidang kepada pemuda-pemuda cawangan yang akan bersidang. Diharapkan persidangan pada tahun ini menjadi titik tolak kepada hasrat Presiden UMNO untuk memantapkan perjuangan UMNO. Pemuda Tanjong juga berharap agar setiap cawangan yang bersidang dapat menyuarakan hasrat selaku ahli UMNO akar umbi dengan ikhlas supaya dapat di dengari oleh kepimpinan pusat. Selamat Bersidang Buat Semua!!!!!!!

Wednesday, March 3, 2010

PKR SEMAKIN LEMAH


Seorang lagi Ahli Palimen PKR hari ini mengumumkan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. YB Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsur, mendakwa kecewa dengan kepimpinan PKR yang menkritik Institusi Raja dan Kehakiman dan membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Dengan pengumuman ini menguatkan dakwaan bekas Setiausaha Agung PKR yang mengatakan bahawa 10 Ahli Parlimen akan meninggalkan PKR. Ini juga akan menyebabkan Anwar Ibrahim akan hilang kelayakkan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Seharusnya masyarakat lebih tahu menilai kekusutan yang sedang melanda PKR yang didakwa menggunakan slogan ‘Harapan Baru Rakyat’, yang tidak mampu membantu atau menjadi pemimpin kepada masyarakat. Ahli-ahli Parlimen yang meninggalkan PKR juga mendakwa bahawa hanya UMNO sajalah yang mampu untuk membela nasib rakyat dan bertepatan dengan slogan dari Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO Juara Rakyat!!!

Pemuda UMNO Tanjong juga melancarkan Kempen ‘Jom Masuk UMNO’ dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai UMNO tak kira yang baru atau ahli-ahli PKR yang tidak lagi mempercayai kepimpinan mereka boleh email terus ke pemudatanjong@gmail.com

Thursday, February 4, 2010

PKR ANJING??

Benarkah PKR Anjing? Kenyataan itu di buat oleh Tan Tee Beng yang menyifatkan Lim Guan Eng melayan pemimpin-pemimpin PKR seperti anjing. Kenyataan itu semestinya menguris perasaan pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam di dalam PKR. Ini kerana 'Anjing' adalah binatang yang haram disisi Islam.
Jika benarlah kenyataan itu maka di manakah maruah pemimpin-pemimpin PKR dan juga ahli PKR yang beragama islam apabila mereka di sifatkan seperti 'anjing'. Dan tidak mustahil juga Parti PAS yang hanya mempunyai seorang wakil rakyat saja sebagai ADUN di Pulau Pinang juga di angap seperti 'anjing'. Sejak dari mula lagi Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bermacam-macam masalah yang timbul dan menyebabkan Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh DAP tidak dapat memimpin negeri untuk mencapai kemajuan seperti yang di lakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun memerintah negeri Pulau Pinang.
Seharusnya Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang harus mengambil satu tindakan yang tegas terhadap permasalahan yang berlaku ini. Jika sudah di layan seperti 'anjing', adakah mereka masih sanggup untuk berkompromi dengan DAP. Tetapi Pemuda Tanjong melihat masalah ini dari sudut yang bertentangan kerana Anwar Ibrahim masih boleh bertolak ansur walau se'anjing' mana pun mereka di layan asalkan hasrat belia menjadi Perdana Menteri tercapai.
Isu layanan seperti 'anjing' ini keluar apabila baru-baru ini dalam satu kenyataan yang di buat oleh YB Datuk Zahrain Hashim yang merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru mendakwa Lim Guan Eng memimpin secara diktator dan berfikiran komunis dalam menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kenyataan ini pula di sahkan oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal YB Tan Tee Beng mendakwa PKR di layan sama seperti 'anjing'.
Cabaran Pemuda Tanjong kepada PKR dan PAS, jika benar anda bermaruah dan sayangkan bangsa anda keluarlah dari Pakatan Rakyat. Ini kerana jika sekarang anda di layan seperti 'anjing', maka di masa hadapan nanti tidak tahulah macam mana pulak yang akan berlaku.... Mungkin di layan pula seperti b**i???

Wednesday, February 3, 2010

SANDIWARA TERBARU PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Pulau Pinang kembali panas dengan isu pertelagahan di antara dua pemimpin Pakatan Pembangkang iaitu YAB Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri dengan YB Datuk Seri Zahrain Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru. Ini berikutan kenyataan YB Datuk Seri Zahrain Hashim mendakwa YAB Lim Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala diktator dan berfikiran secara Komunis. Kenyataan ini boleh di anggap sebagai satu sandiwara terbaru dalam Pakatan Rakyat untuk mengalih perhatian masyarakat bagi Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan di bicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 3hb Februari jam 2.30 Petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagi Pemuda UMNO Tanjong, sandiwara yang di wujudkan ini telah dapat di hidu dari awal lagi memandangkan PKR di Pulau Pinang semakin kehilangan sokongan dan sebagai sebuah parti yang mengamalkan konsep keahlian terbuka maka sesuatu isu itu harus mendapat liputan yang meluas supaya masyarakat di Pulau Pinang khususnya, dapat melihat pemimpin-pemimpin mereka berkerja walaupun pada hakikatnya masalah ini tidak akan dapat di atasi.

Trend pemimpin Pakatan Rakyat berbalah sudah berlaku sejak dari selepas Pilihanraya umum ke 12 tempoh hari di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Adun Penanti Saudara Fairus meletakkan jawatan di sebabkan ketidak puasan hati kepada Lim Guan Eng. Namun atas nasihat dari Ketua Pembangkang, YB Anwar Ibrahim, Saudara Fairus sanggup mengadaikan maruahnya untuk melepaskan jawatan sebagai TKM dan Adun.

Yang menariknya di sini walaupun YB Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang, hakiktnya beliau amat takut dengan tokoh-tokoh pemimpin dari DAP dan PAS kerana hasrat utama beliau hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri. Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu YB Zulkifli Noordin yang di larang dari mengeluarkan sebarang kenyataan kerana takut hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri terbantut tanpa mendapat sokongan dari DAP dan PAS, walaupun isu yang membabitkan Agama Islam di persenda. Dan tidak mustahil YB Kulim-Bandar Baharu akan meminta maaf kepada YB Shah Alam Saudara Khalid Samad kerana di akhirnya satu perkataan yang lucu akan keluar iaitu'sebagai Pakatan yang baru, masalah mesti akan timbul, namun itu semua untuk kebaikan Pakatan kami di masa hadapan'. Namun sebagai sebuah parti yang menjadi peneraju dalam pakatan pembangkang apakah hasrat perjuangan utama YB Anwar Ibrahim ini hanya untuk menjadi Perdana Menteri?

Dan kepada Pemimpin-pemimpin UMNO jangan melatah dan cepat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan dalam kes yang melibatkan YB Bayan Baru dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Berdasarkan pengalaman yang dilalui, Pemimpin pengecut dari PKR akan memohon maaf di atas segala kekhilafan yang di lakukan oleh mereka. Dan mereka akan berbalik kepada perjuangan utama mereka iaitu menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.

Pemuda UMNO Tanjong mencabar jika benar YB Datuk Zahrain dan YB Zulkifli Noordin Ikhlas dalam perjuangan mereka.... Keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas......

Nantikan sandiwara seterusnya dari Pakatan Haram Rakyat!!!

Wednesday, January 6, 2010

Demonstrasi Bantahan Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Dalam Penerbitan Herald-The Catholic Weekly

Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong bersama degan umat islam di Pulau Pinang terus membantah penggunaan kalimah Allah dalam majalah terbitan Herald-The Catholic Weekly. Bantahan ini di lakukan dalam satu demonstrasi yang di adakan di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 Januari 2009 hari Ahad bersama-sama dengan Pemuda UMNO Pulau Pinang dan juga Pemuda PAS Pulau Pinang berserta dengan badan-badan NGO yang tidak berpuas hati dengan penggunaan kalimah Allah oleh majalah tersebut. Demonstrasi yang di anjurkan oleh Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama Pulau Pinang (BADAI) yang di ketuai oleh Ustaz Hafiz Noordin di mulakan dengan laungan Allahhuakhbar sebanyak 3 kali. Perhimpunan yang di hadiri lebih kurang 200 orang itu mengecam majalah Herald-The Catholic Weekly kerana menggunakan kalimah Allah. Perhimpunan itu juga tidak teragak-agak untuk berjuang hingga titisan darah yang terakhir jika ada pihak yang cuba mempersendakan Agama Islam sebagai agama rasmi dalam Negara Malaysia.

Menurut ketua Pemuda UMNO bahagian Tanjong Saudara Jeffri Salim, “Pihak yang terbabit sepatutnya menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 11 (4) yang mengatakan bahawa perkataan Allah hanya boleh di gunakan oleh orang islam dan menjadi satu kesalahan jika orang bukan islam menggunakan perkataan Allah untuk penyebaran agama. Perlembagaan itu sudah terang-terangan menyatakan sedemikian namun masih ada pihak yang cuba untuk meporak-perandakan keutuhan hubungan kaum dan agama di bumi tercinta ini”. “Sebagai pengamal undang-undang, hakim yang mengadili kes tersebut seharusnya peka dengan sensitiviti umat islam di Negara ini sebelum melaksanakan sesuatu perintah memandangkan perkara ini boleh menimbulkan kemarahan bagi umat islam”. Jelasnya lagi “pihak Kementerian Dalam Negeri harus mengambil tindakan segera bagi mengawal kemarahan yang semakin membuak-buak bagi kalangan umat islam dan seharusnya perkaran ini tidak lagi berulang di masa-masa hadapan”

Perhimpunan tersebut seterusnya menuju ke kediaman Yang Di-Pertua Ngeri Pulau Pinang untuk menyerahkan Memorandum yang di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Saudara Norman Zahalan dan Naib Ketua Pemuda Ir. Shaik Hussein Mydin beserta ahli-ahli Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Thursday, December 31, 2009

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru

Pemuda UMNO Tanjong di Bawah kepimpinan Saudara Jeffri Salim serta seluruh barisan Jawatankuasa ingin memanjatkan kesyukuran di atas segala kelancaran dalam kepimpinan sepanjang tahun 2009. Namun usaha pemuda tanjong tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Pemuda UMNO tanjong akan sentiasa berusaha dalam memastikan segala masalah yang di hadapi oleh masyarakt di sektar parlimen tanjong mendapat perhatian dari kepimpinan atasan.
Di kesempatan ini juga Pemuda UMNO Tanjong akan memastikan tahun baru 2010 yang lebih mencabar ini terus di jadikan teras semangat demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.
Selamat tahun Baru 2010!!!

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Pergerakan pemuda UMNO Tanjong ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha', dan di kesempatan ini juga Biro Agama Pemuda UMNO Tanjong akan melaksanakan ibadah korban di perkarangan Surau Al-Marjan, Flat Jalan Zainal Abidin, Taman Manggis pada hari raya kedua 28hb Ogos 2009. Semua ahli Pemuda UMNO Bahagian Tanjong dan penduduk Flat Jalan Zainal Abidin di jemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Tuesday, November 17, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERGERAKAN PEMUDA UMNO TANJONG














Pergerakan pemuda uMNO Tanjong dibawan biro Pertanian telah menganjurkan lawatan ke Pulau Langkawi. Lawatan ini telah berlangsung bermula dari 13hb November sehingga 15 November 2009. Perjalan bermula dari Kampungku, Sungai Gelugor dengan menaiki bas yang disewa khas untuk membawa rombongan pemuda UMNO Tanjong termasuk pasukan bolasepak yang mewakili Pemuda UMNO Tanjong. Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam itu tiba di jeti kuala Perlis tepat jam 6.00 petang. Kelewatan feri yang dinaiki oleh rombangan ini menyebabkan pemuda umno tanjong tiba di jeti kuah pada jam 8.30 malam.

Rombongan yang di ketuai oleh ketua pemuda umno tanjong Saudara Jeffri Salim dan Pengerusi Biro Pertanian Saudara Badrul telah di sambut oleh En. Arshad Desa yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tanjong yang juga merupakan pemilik Jeti Point Langkawi dan Saudara Aizat Syafiq ahli jawatankuasa Pemuda Tanjong. Aktiviti rombongan pemuda UMNO tanjong bermula pada pagi sabtu 14hb Nov. dimana telah di adakan lawatan ke Pusat R&D MARDI Langkawi di sambut oleh penolong pengurus pusat tersebut En. Abd Kadir. Setelah mendengar taklimat selama lebih kurang 1 jam, rombongan pemuda umno tanjong telah di bawa meninjau di sekitar kawasan tanaman MARDI yang luasnya 70 ekar dengan bermacam-macam jenis tanaman buah-buahan dan di buka dengan rasminya oleh mantan Perdana Menteri Y.A.B Tun Dr. Mahathir sekitar tahun 90an.

Setelah selesai membuat lawatan, pemuda umno terus menuju ke KILIM Geoforest Island untuk aktiviti Man Groove. Namun hasrat rombongan pemuda tanjong kecewa disebabkan hujan lebat turun pada petang tersebut di Langkawi. Pemuda Tanjong yang di sertai oleh lebih kurang 17 peserta telah menukar rancangan dengan bermain boling di jeti point kuah. Pada sebelah malam pemuda tanjong telah bersama-sama menonton perlawanan bolasepak persahabatan dengan pasukan Kg. Ragut yang bermain dalam Liga LADA. Keputusan perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut berakhir dengan pasukan pemuda tanjong tewas dengan jaringan 1-2.

Pada hari terakhir, pemuda tanjong telah berkesempatan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan apabila menaiki bot untuk aktiviti man groove. Program 3 hari ini telah berlangsung dengan jayanya dan ucapan setinggi tahniah kepada Pengerusi Biro Pertanian Saudara Badrul Hisham dan jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Tanjong Saudara Jeffri Salim kerana bersama-sama dalam rombongan tersebut. Rombongan Pemuda UMNO Tanjong tiba di Pulau Pinang pada jam 10.00 malam.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam perjuangan kepada umat islam di seluruh dunia. Di kesempatan ini Pemuda UMNO Tanjong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Pemuda UMNO Tanjong juga ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas ketelanjuran yang di lakukan selama ini.... Moga Aidilfitri memberi kegembiraan kepada semua.....

Tuesday, September 8, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA PEMUDA UMNO TANJONG DAN PEMBERIAN BANTUAN PERSIAPAN HARI RAYA

Menyedari bulan Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, Pemuda UMNO Tanjong dengan penuh keikhalasan akan menganjurkan Majlis berbuka Puasa anjuran Biro Agama Pemuda UMNO Tanjong yang di Pengerusikan oleh Saudara Abdul Rahman Makhtun. Program ini akan berlangsung pada hari Sabtu 12hb September 2009 bertempat di Masjid A’lim Shah Waley Lebuh Chulia dan di jangka bermula pada jam 6.30 petang.

Perjelanan program ini adalah dengan pemberian bantuan persiapan hari raya kepada golongan miskin tegar, miskin bandar, ibu tunggal, OKU dan warga emas di sekitar Parlimen Tanjong. Program di jangka di mulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang akan di pimpin oleh Y.Bhg Dato’ Ustaz Abdullah Bukhari dan seterusnya disusuli dengan penyampaian bantuan oleh Saudara Jeffri Salim Ketua Pemuda UMNO Tanjong.

Pemuda UMNO Tanjong juga akan membuat edaran “Suara Pemuda” yang akan di lakukan oleh Ketua Penerangannya Saudara Fazroul Ifzam Badaruddin yang mengandungi ucapan dari Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Ibni Hajar Ketua Bahagian Tanjong, Ketua Pemuda Tanjong Jeffri Salim dan juga maklumat-maklumat program dan juga gambar-gambar yang telah di lakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong.

Semua ahli-ahli UMNO Tanjong di jemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Monday, September 7, 2009

PEMUDA UMNO TANJONG SOLAT HAJAT BERSAMA PELAJAR DAN PIBG SEKOLAH DATO' KERAMAT

Pelajar berbaris mengambil makanan

Solat Jemaah

Pengerusi Biro Pendidkan Hj Asrul
bermasa bapa yang terlibat

Kaum Ibu dan guru turut membantu

Bendahari Pemuda Tanjong Saudara Jajakhan
menyampaikan sumbangan kepada pelajar

Peserta yang terlibat dalam program solat hajat

Pemuda UMNO Tanjong melalui Biro Pendidikan yang di Pengerusikan oleh Hj Mohd Asrul Ismail telah melaksanakaan tanggungjawab dengan mengadakan Majlis bacaan Yassin dan solat hajat bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Keramat yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Majlis ini diadakan bersama sekolah berkenaan adalah di sebabkan Sekolah Rendah Dato’ Keramat menjadi sekolah angkat kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahgian Tanjong.

Program yang di anjurkan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar dan juga guru sekolah tersebut dimana ibu bapa pelajar juga turut terlibat. Program ini juga memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO Tanjong tidak sesekali meminggirkan bidang pendidikan yang mana ia mampu melahirkan pemimpin pada satu hari nanti. Menurut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Tanjong, “Ini bukanlah program pertama yang di anjurkan oleh kami di mana sebelum ini Pemuda UMNO Tanjong menaja akhbar Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi di sekolah tersebut. Menurut Hj Asrul lag, Biro Pendidikan Pemuda UMNO Tanjong akan berterusan mendekatkan diri dengan pelajar di sekolah tersebut dan juga pelajar di sekolah sekitar Parlimen Tanjong dalam memastikan mereka tidak terpingir setelah mendapat keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan. Usaha berterusan ini bagi memastikan perjuangan UMNO tidak di pandang enteng oleh sesetengah ibu bapa dalam memastikan pelajar melayu juga mendapat pendidikan formal ketika dunia menuju era globalisasi,katanya lagi”.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Tanjong Saudara Jeffri Salim pula, “Kami sentiasa menitikberatkan pendidikan bagi anak-anak muda. Kemanakah mereka jika kita tidak memberi tumpuan dan perhatian kepada mereka? Pelajar yang di buang sekolah juga akan di bantu dalam memastikan mereka tidak ketinggalan untuk mendapat pendidikan yang di tawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional. Sehubungan dengan ini juga saya mengharapkan agar pendidik-pendidik memberikan tunjuk ajar yang terbaik bagi pelajar yang bermasalah dan memberi perhatian yang lebihkepada mereka. Menurut beliau lagi, Seharusnya guru-guru di sekolah menyelami masalah yang di hadapi oleh perlajar-pelajar yang bermasalah ini, mungkin mereka menghadapi tekanan di sebabkan masalah keluarga yang berlaku di rumah mereka”. Inilah yang menyebabkan mereka ponteng atau menjadi pelajar yang bermasalah di sekolah.

Pemuda UMNO Tanjong akan berterusan memastikan pendidkan menjadi agenda utama dalam perjuangan sambil memastikan perkara-perkara lain tidak ketinggalan.