Wednesday, July 15, 2009

PRK Manik Urai - BN Kalah Bermaruah

Kekalahan calon UMNO/BN memang sudah di jangka oleh kebanyakkan pemerhati politik. Namun kejutan terbesar yang berlaku adalah kejayaan UMNO/BN mengurangkan majoriti PAS yang hanya memenangi kerusi DUN manik Urai dengan kelebihan majoriti 65 undi adalah jelas pendekatan UMNO/BN masih di terima oleh rakyat. Kebangkitan jelas masyarakat di manik urai adalah dengan memberi petunjuk kepada PAS bahawa parti itu juga tidak sekuat yang di jangka. PAS yang di wakili oleh Ahmad Fauzi telah menewaskan calon UMNO/BN Tuan Aziz pada pilihanraya yang berlangsung semalam.
Menurut Tuan Aziz, kekalahan beliau tidak akan mematahkan semangat untuk beliau terus memperjuangkan nasib penduduk di Manik Urai. Namun bagi PAS, mereka perlu untuk melihat kembali keangkuhan mereka kini sudah dapat di hidu oleh rakyat yang di lihat seperti hilang keyakinan kepada mereka.

1 comment:

  1. Kalah tetap kalah...mana ada kalah bermaruah...menang sahaja bermaruah...UMNO perlu hidup dalam realiti....

    ReplyDelete